top of page

Pelancaran IPR pertanian: Pentingnya keterjaminan makanan - Rafizi



Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bidang pertanian atau Bantuan Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) bukanlah satu usaha remeh.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata program INTAN tersebut amat berguna untuk keterjaminan makanan di dalam negara yang pada ketika ini berlaku kekurangan hasil pertanian sejak bertahun tahun lamanya.


"Walaupun ramai yang kata kita (pelbagai kementerian) membazir masa untuk ramai ramai hadir merasmikan projek cili namun ada perkara yang begitu strategik melalui program dan usaha sebegini.


"Pentingnya untuk kita pastikan keterjaminan bekalan makanan setempat. Kita telah melalui zaman Covid. Apa kita lakukan sekarang bukan terkesan di kawasan setempat tetapi kita terheret dengan masalah sedunia apabila berlaku perang, konflik di tempat lain.


"Akibatnya harga barang itu naik mendadak di luar kawalan kita," kata Rafizi dalam majlis perasmian tapak INTAN tanaman cili di bawah MBPJ yang menyumbangkan tanah seluas 80 ekar, tengah hari tadi.



Menurut Rafizi lagi, bukan senang untuk Kementerian Ekonomi terlibat dengan pertanian kerana pegawai di kementerian itu sebelum ini hanya merancang dasar dan dilaksanakan oleh agensi pelaksana.


Begitu juga katanya, bukan senang untuk dalam tempoh yang singkat perserta INTAN boleh mula mengusahakan tanaman.


"Satu perkara kami bimbang ialah tempoh masa yang akan diambil dari titik kita luluskan dasar, dapat peruntukan parlimen, jalankan di bawah. Kalau ambil masa 7 - 8 bulan kita hilang momentum.


"IPR dilancar awal Mac dan kami bertungkus lumus setiap bulan anjurkan proram untuk yang berpendapatan rendah tanpa perlu menunggu 6,7 atau 8 bulan .


"Sebab itu saya sekali lagi ucap tahniah kepada pasukan Kementerian Ekonomi, kepada MBPJ, PKPS dan Kerajaan Negeri Selangor," katanya.


Rafizi optimis program tersebut akan berjaya kerana telah dirancang dengan rapi dan dengan batuan kerajaan sepenuhnya daripada proses mendapatkan tapak, benih, baja, racun sehinggalah memasarkan hasil tuaian.


"Menyerahkan satu plot anah atau dana awal kepada peserta bertempur sendiri mengusaha hasil tani, perkara itu berisiko.


"Risiko pemasaran, teknologi pemasaran, risiko serangga, cuaca. Oleh itu kita nak pastikan sebahagaian besar risiko ini diurus kerajaan dan agensi pelaksana.


"Pelaburan akan kekal menjadi milik kerajaan dan agensi pelaksana. Kita ambil kira kalau 100 orang pada peringkat awal maka bukan semua akan kekal. Mungkin dia dapat kerja baru, hilang minat dan sebagainya.


"Oleh itu melalui IPR ini kumpulan demi kumpulan penerima akan diberi peluang mendapat pendapatan tambahan. Kiraan kita - RM2,500 sebulan, PKPS pula lebih tinggi anggarannya," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page