top of page

Pelan Vaksinasi Greater Klang Valley: Kerajaan pusat iktiraf SelVAX Selangor - MB


Pelan Vaksinasi Greater Klang Valley untuk mempercepatkan imuniti kelompok penduduk di Lembah Kelang yang terjejas akibat jangkitan Covid 19 ketika ini akan merangkumi program vaksinasi Selangor (SelVAX) dalam pelaksanannya.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin dalam mesyuarat Task Force Greater Klang Valley dan Majlis Keselamatan Negara bersama wakil Kerajaan Negeri bersetuju untuk mempercepatkan suntikan vaksin menerusi kerjasama SelVAX, terutama dalam kalangan penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.


"Saya juga telah menghadiri mesyuarat Pelan Vaksinasi Greater Klang Valley yang dipengerusikan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bagi menjayakan misi 'Operation Surge Capacity'.


"Mesyuarat tersebut yang dihadiri wakil daripada beberapa kementerian bersetuju supaya usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui SelVAX bagi meningkatkan kadar vaksinasi dirangkumkan dalam kerangka Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).


"Ini adalah pengiktirafan terhadap peranan Selangor melalui SelVAX dalam program PICK dan kerjasama ini melibatkan aspek bekalan vaksin serta pengiraan kapasiti dan data," katanya.


Tambah MB lagi, mesyuarat tersebut juga bersetuju seluruh populasi di Selangor dan Kuala Lumpur yang mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos 2021.


"Ini meliputi 1.3 juta warga Selangor dan Kuala Lumpur yang belum menerima janji temu vaksin yang dijangka akan bermula pada 26 Julai.


"Program SelVAX Komuniti dan Industri juga akan dioptimumkan dengan bekalan vaksin yang mencukupi supaya dapat beroperasi dengan kapasiti penuh dan mencapai kadar anggaran 40,000 dos sehari bagi dos pertama dan kedua, serentak melalui lima PPV Mega serta klinik panel Selcare di seluruh negeri, tertakluk kepada stok bekalan vaksin yang diterima.


"Usaha peningkatan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan melonjakkan jumlah pemberian dos kepada 272,000 dos setiap hari. Semalam, Selangor telah berjaya memberikan 113,458 dos vaksin, angka tertinggi di seluruh negara," katanya lagi.


Menurut Amirudin untuk melancarkan program kerjasama itu, Exco Selangor Datuk Teng Chang Khim akan menyelaraskan program SelVAX Industri bagi pekerja bersama Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi yang akan membantu usaha koordinasi dan penyeragaman antara SelVAX dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi pihak Kerajaan Negeri agar tidak berlaku sebarang percanggahan data serta maklumat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page