Pelan tindalan Maju Bersama HARAPAN perkasakan kehidupan rakyat dalam 5 tahun



Pelan tindalan Maju Bersama HARAPAN yang dilancarkan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai manifesto Pilihan Raya Negeri Melaka pada 10 November lalu merupakan strategi bertindak komprensif bagi memulihkan ekonomi dan sosial rakyat pasca pandemik Covid 19.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Datuk Halim Bachik (gambar, tengah), pelan 5 tahun itu akan mentranformasikan rakyat negeri Hang Tuah itu ke arah yang lebih terjamin masa hadapan dan maju dalam berkehidupan


"Pelan tindakan ini merupakan tawaran dan komitmen besar dari PH untuk PRN demi kesejahteraan rakyat dan mengembalikan kewibawaan negeri Melaka.


"Antara tawaran yang akan diberikan dari pelan ini adalah Inisiatif Kesihatan dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat. Pandemik Covid 19 yang melanda negara telah menjadi satu cabaran getir sejak awal 2020. Maka Inisiatif Kesihatan ini menitikberat aspek penjagaan kesihatan fizikal dan mental rakyat untuk bangkit dari cengkaman Covid 19.


"Antara bantuan yang diberikan ialah Dana Khas Covid 19 yang membiayai program pemulihan dengan memberi kit ujian saringan percuma kepada industri dan kumpulan berisiko tinggi," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.


Selain dana berkenaan, kata Halim, bantuan Dana Ihsan Covid 19 juga diperuntukkan untuk memberi bantuan kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid. Begitu juga Kad Melaka Sihat akan diteruskan pelaksanaannya bagi memberi manfaat RM300 setahun kepada keluarga B50 untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta.


Manakala, First Support Point Keganasan Rumahtangga berpusat di JAPERUN diwujudkan bagi membantu mangsa keganasan rumahtangga.


PH juga, menurut Halim lagi, akan mewujudkan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat bagi meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan penduduk negeri Melaka.


"Antara bantuan yang akan diberikan dalam inisiatif Skim HARAPAN Rakyat ialah bantuan secara ‘on off’ bagi yang layak dan ditujukan kepada pelbagai golongan iaitu dari kanak-kanak sehingga ke warga emas.


"Skim Perumahan Rakyat Melaka (Melaka Home) memberikan bantuan perumahan untuk rakyat dengan memperkenalkan Skim Rumah Percuma, Skim Rumah Sewa Murah dan Skim Rumah HARAPAN," katanya.


Untuk yang terkesan banjir kilat pula, kata Halim, Kerajaan PH menawarkan Dana Ihsan Banjir bagi memberi bantuan kepada mangsa banjir, ribut dan lain-lain bencana.


Begitu juga pelan internet Melaka yang akan berfungsi memudahkan rakyat untuk melakukan pendidikan atau pekerjaan dari rumah secara di atas talian.


"Melaka Digital akan diperkenalkan dengan Pakej Bantuan wireless modem dan prepaid SIM serta bantuan peranti digital kepada keluarga yang layak.


"Kepentingan internet ini amat kritikal untuk memberdayakan belia dan kaum Wanita dalam ekonomi digital dengan menyediakan latihan dan bimbingan percuma. Program sokongan perniagaan Digital Merketing kepada peniaga tradisional, usahawan muda dan usahawanita.

"Manakala untuk golongan anak muda di Melaka, penubuhan Hub E-Sport Melaka dan program pembangunan bakat baru dalam pemain E-sport akan diwujudkan agar anak muda tidak ketinggalan dalam bidang digital," katanya lagi.



"

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER