top of page

Pelan Struktur KL 2040 ikut konsep Malaysia MADANI



Keputusan untuk menangguhkan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang diumumkan Perdana Menteri adalah bagi memastikan ia mengikut kerangka Kerajaan Perpaduan berlandaskan konsep Malaysia MADANI.


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek pembangunan di ibu negara itu juga perlu dipastikan mampu membantu rakyat berpendapatan rendah.


"Ada tauke-tauke besar marah saya, saya bekukan sebab mahu kelulusan ikut kerangka pemikiran baharu kita… Kalau kamu buat projek besar dengan untungnya beratus juta atau berbilion, silakan tetapi mesti ada projek yang kamu lakukan itu membantu kalangan yang berpendapatan rendah… Kerajaan tidak mampu nak belanja keseluruhannya untuk rakyat yang berpendapatan rendah.


"Kita syaratkan ada projek yang memberi faedah kepada rakyat biasa. Kalau tidak, orang miskin tidak boleh duduk di Kuala Lumpur," katanya.


Terdahulu, Anwar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa PSKL 2040 akan ditangguh hingga 31 Mei bagi membolehkan pelanjutan sesi libat urus oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Melalui kenyataan itu, Anwar memaklumkan beliau mengambil perhatian pandangan yang berkehendakkan supaya pewartaan dokumen tersebut ditangguh untuk memberi peluang lebih luas kepada pihak berkepentingan lain bagi menyatakan pendapat terhadap pelan pemajuan Kuala Lumpur.


Anwar sebelum ini menekankan bahawa pembangunan di Kuala Lumpur mesti mengambil kira kehendak dan keselesaan penduduknya dan bukan sekadar membangunkan bangunan pencakar langit.


Antara perkara yang diilhamkan beliau bagi pembangunan di ibu kota ialah memastikan setiap gerai dan warung kelihatan cantik, bersih dan berseni.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page