top of page

Pelan strategi PRU 15 siap dirangka, mula gerak kerja sebaik selesai pemilihan - Saifuddin



KEADILAN telah pun selsai proses merangka pelan strategi bertindak mengembalikan sokongan rakyat menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Hal itu dijelaskan oleh calon Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam ceramah Majlis Sambutan Aidilfitri #KitaSemuaKEADILAN, semalam.


Katanya, pelan bertindak berkenaan telah dibincangkan oleh hampir kesemua pimpinan dalam beberapa siri temurapat dan telah pun dipersetujui.


Menurut beliau lagi, gerak kerja PRU 15 akan bermula sebaik sahaja Pemilihan KEADILAN 2022 selesai pada hujung Mei ini.


"Bila kita nak mula, sejurus selepas 22 Mei.


"Pelan dah siap, bukan saya buat atau Datuk Seri Anwar buat. Kita sama sama bina pelan melalui temurapat, semua kepimpinan kita berkumpul dan buat beberapa siri. Ditanyakan apa yang rakyat Malaysia mahu. Berpuluh puluh fakta disenaraikan oleh pimpinan parti yang hadir.


"Soalan seterusnya, presiden kata apa lagi yang KEADILAN perlu buat untuk menarik sokongan rakyat? Undi Melayu, isu ekonomi, isu sosial?


"Apa isu besar break thru, idea yang kita tak pernah buat tapi kalau kita buat jadi kelebihan besar (kemenangan). Akhirnya kita buat dokumen memposisikan KEADILAN dalam PRU 15.


"Tetapi kalau orang tak ikut serta. Dia kata tengok parti ini kalah PRN, dia tak buat apa sebab itu aku mesti datang menyelamatkan KEADILAN.


"(Dalam KEADILAN) Kita bekerja sebagai pasukan. Kita tidak ada satu watak yang claim jadi hero. Datuk Seri Anwar juga tidak lakukan demikian," katanya.


Dalam ceramah itu Saifuddin turut membariskan rekod kejayaannya menguruskan parti dengan menyempurnakan 220 cabang dengan senarai jawatankuasa lengkap daripada 222 kesemuanya.


Beliau mengingatkan bahawa Angkatan Muda KEADILAN terdapat 80 cabang tidak berjaya menyenaraikan jawatankuasa dan Wanita KEADILAN pula terdapat 60 cabang tanpa jawatankuasa lengkap.


Selain itu, Setiausaha Agung KEADILAN itu mengingatkan parti dalam usia masih muda telah pun mengumpul 1 juta ahli dan mereka perlu digembeling untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.


Justeru, beliau mengingatkan KEADILAN sebuah parti inklusif dan membawa pelbagai golongan dalam satu wadah perjuangan.


Barisan hadapan calon dalam #KitaSemuaKEADILAN yang akan memberi cabaran pada Pemilihan KEADILAN 2022

"Soalan kita siapa yang nak kita pilih, orang macam mana dan kelebihan apa untuk kita pilih.


"Parti kita inklusif. Lawan nya eksklusif. Kita semua boleh masuk, semua kaum, tak ada sekatan apa apa.


"Kedua kita ada kepelbagaian. Kedua dua ini adalah teras parti kita. 23 tahun umur parti kita nampak kemajuannya luar biasa.


"Kita antara parti yang melebihi angka jutaan anggota. Hanya Pas, Umno, KEADILAN melebihi angka sejuta. Kita masuk kelab jutawan.


"Tetapi Umno sejak 1946, Pas 1951, kita baru umur 23 tahun. Angka telah satu juta," katanya lagi.


Oleh itu, saifuddin berkata kepimpinan yang tepat harus dilantik bagi menerajui parti bagi sesi 2022 - 2025 untuk memastikan KEADILAN terus berkembang dan mengatasi parti parti lain dalam PRU akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page