top of page

Pelan pendidikan baharu: KPM giat kumpul maklum balas, cadangan



Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat mengumpul maklum balas dan cadangan penambahbaikan pembentukan pelan pendidikan yang memenuhi keperluan masa terkini.


Timbalan Menteri KPM, Wong Kah Woh berkata, usaha itu yang dilaksana melalui sesi libat urus ‘Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara’ melibatkan semua wakil berkaitan pendidikan.


Antara yang terlibat dengan sesi itu adalah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), pendidikan awal kanak-kanak dan kumpulan pendidikan inklusif.


Sebanyak 724 cadangan telah dikemukakan menerusi sesi itu, antara lain merangkumi 175 cadangan berkenaan dasar pendidikan, 167 berkenaan hal ehwal murid dan 126 berkenaan hal ehwal guru.


"Program yang meliputi beberapa siri sesi libat urus ini bertujuan mengenal pasti cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia bagi memberi tumpuan terhadap pendidikan manusiawi yang memartabatkan ilmu pengetahuan.


"Di samping itu, ia akan menekankan aspek kemanusiaan yang seimbang dan berupaya memberi sumbangan positif kepada pembangunan negara pada masa hadapan.


"Cadangan dikemukakan sememangnya ada yang telah dalam pelaksanaan oleh pihak kementerian dan kita akan pergiatkan lagi. Untuk cadangan baharu, KPM mengambil maklum dan kita akan memberi penekanan dan pertimbangan yang sewajarnya," katanya dipetik.


Wong sebelumnya hadir ke majlis penutup Sesi Libat Urus Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara 2024 pertama yang disertai lebih 100 wakil di sini, hari ini.


Beliau sementara itu menjelaskan sesi libat urus itu diadakan susulan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kini hampir sampai ke penghujung.

"Sistem pendidikan baharu diharapkan dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai dan adab dan seterusnya dapat memenuhi pekerjaan masa hadapan," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page