top of page

Pelan Pemulihan Negara perlu dibentang, dibahas di Parlimen - KEADILAN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jul 15, 2021
  • 1 min read

Taklimat khas oleh Menteri Kewangan berkaitan Pelan Pemulihan Negara pagi tadi dengan mengudang wakil dari KEADILAN memberi kesempatan untuk para perwakilan menyampaikan pandangan parti kepada pemerintah.


Menurut kenyataan dari wakil-wakil KEADILAN, mereka membariskan beberapa perkara penting yang perlu dilakukan supaya negara pulih daripada Covid 19, dan mengembalikan kehidupan rakyat seperti mana sebelum pandemik.


"Kami menegaskan sebarang dasar mengawal Covid mestilah berasaskan sains perubatan dan data, kerajaan adil kepada semua pihak dan kerajaan wajib telus serta bertanggungjawab dalam perbelanjaan dalam waktu pandemik


"Kami juga membentangkan beberapa perkara termasuk perlunya meningkatkan bantuan kepada hospital dan sistem kesihatan awam sedia ada, menggembleng tenaga dan kerjasama semua pihak dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), menerbitkan data yang lebih terperinci, menyelamatkan pekerja dan pekerjaan, menambah bantuan untuk rakyat segera serta memastikan Parlimen memainkan peranan utama dalam usaha memulihkan negara," kata kenyataan tersebut.


Bagaimanapun menurut mereka lagi, butir-butir pelan pemulihan dan pelaksanaannya mestilah dibentang dan dibahas di Parlimen bagi memastikan ia berjalan dengan baik dan sempurna.


"Oleh itu, KEADILAN mengambil pendirian tegas bahawa Pelan Pemulihan Negara ini mesti dibentang, dibahas dan diputuskan Ahli-ahli Parlimen dalam sidang khas Parlimen yang bermula 26 Julai akan datang.


"KEADILAN juga berpandangan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu diwujudkan bagi memantau dan menyemak imbang pelaksanaan pelan tersebut," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page