top of page

Pelan liberalisasi visa, KDN perkenal lima inisiatif



Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenal lima inisiatif di bawah Pelan Liberalisasi Visa yang diperkenal mulai 1 Disember ini.


Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, kerajaan akan memberikan kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) bagi tempoh sehingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin masuk ke Malaysia yang bertujuan untuk menjana hasil pendapatan negara.


Selain menjana pendapatan negara, inisiatif itu juga untuk memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju dalam industri utama pelaburan dan pelancongan di rantau Asia.


"Pelaksanaan pelan liberalisasi visa ini akan dikaji semula selepas satu tahun untuk menilai pulangan pelaburan (ROI) kepada negara, keberkesanan inisiatif dan penilaian risiko keselamatan terhadap kemudahan imigresen yang diberikan.


"Pengecualian visa selama 30 hari kepada rakyat China dan India ke Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan salah satu daripada pelan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Saifuddin, Pas Lawatan Sosial jangka panjang juga akan diberikan dengan keberadaan sehingga 12 bulan untuk pelajar antarabangsa yang telah tamat pengajian di Malaysia bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan dalam sektor pekerjaan yang dibenarkan mengikut undang-undang di dalam negara.


Pas itu jelasnya dibuka kepada kepada 23 warganegara negara yang berisiko rendah dan berpendapatan tinggi.

"Ia melibatkan rakyat Australia, New Zealand, Brunei, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Jerman, United Kingdom, Perancis, Kanada, Switzerland, Belanda, Arab Saudi, Kuwait, UAE, Qatar, Oman, Bahrain, Sweden, Norway, Denmark, Finland dan Amerika Syarikat," tambahnya.


Sementara itu Saifuddin dalam kenyataan turut memaklumkan kerajaan turut memberikan visa transit umrah bagi tempoh tujuh hari melalui agensi pengendali umrah yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).


"Inisiatif berkenaan turut meliputi penambahbaikan tempoh sah laku visa dipanjangkan dari tiga bulan kepada enam bulan dan tempoh kelayakan Pas Lawatan Sosial diselaraskan kepada minimum 30 hari bagi semua negara yang memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia," jelasnya.


Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Malaysia terjamin dengan mengekalkan pelaksanaan tapisan awal keselamatan kepada semua pengembara ke Malaysia terutama yang mempunyai rekod jenayah atau risiko keganasan.


Pelaksanaan pelan liberalisasi visa itu juga akan diperkukuhkan dengan langkah kawalan dan penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensi agensi penguat kuasa bagi menghindar dari berlakunya isu-isu seperti kebanjiran warga asing dan pendatang tanpa izin (PATI)


"Susulan itu, Jabatan Imigresen akan mewujudkan pasukan khas bagi memantau pergerakan keluar pelancong China dan India.


"Pemantauan akan dilaksanakan pada tarikh akhir iaitu hari ke-30 mengikut tempoh keberadaan di dalam negara.


"Seterusnya, pemantauan tersebut akan dilaporkan secara berkala sebagai mekanisme kawalan dan penguatkuasaan," tegasnya.

Katanya, agensi terlibat juga akan meningkatkan aktiviti naziran di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan tumpuan warganegara asing seperti di kawasan Masjid India, Plaza Lowyat, Bukit Bintang bagi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI).


"Kami juga akan menggiatkan aktiviti risikan dan penguatkuasaan kepada bukan sahaja pekerja asing tetapi juga kepada majikan yang menggajikan atau melindungi PATI.


Beliau juag berkata, prosedur ketat pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dikekalkan dan tidak dikompromi.


"Syarikat penerbangan bertanggungjawab untuk menyemak dan memastikan pelancong yang masuk ke Malaysia mempunyai tiket penerbangan pulang dan tempahan hotel yang disahkan sepanjang keberadaan di Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page