top of page

Pelan komprehensif perdamaian Selatan Thailand dipersetujui

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 8, 2024
  • 1 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Panel Dialog Damai Wilayah Sempadan Selatan Thailand (PEDP) dan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) telah bersetuju secara prinsip menerima Pelan Komprehensif Bersama ke arah Pendamaian (JCPP).


Pejabat Fisilitator Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dalam kenyataan berkata sebelum JCPP dimuktamadkan, PEDP telah memaklumkan kesediaannya untuk memulakan langkah yang perlu bagi mewujudkan persekitaran kondusif ke arah pendamaian.


"Sehubungan itu, langkah-langkah untuk memupuk persekitaran yang kondusif akan dibincangkan oleh Pasukan Teknikal kedua-dua pihak pada Februari dan Mac," kata kenyataan itu semalam.


Kenyataan itu adalah susulan Mesyuarat Proses Dialog Damai ke-7 yang diadakan Kuala Lumpur, Malaysia pada 6-7 Februari lalu.


PEDP diketuai oleh Chatchai Bangchaud dan delegasi BRN diwakili oleh Ustaz Anas Abdulrahman.


Mesyuarat yang dipengerusikan Fasilitator Malaysia Jeneral Prof. Tan Sri Panglima (B) Zulkifli Zainal Abidin turut disertai oleh pemerhati antarabangsa.


Kata kenyataan itu, mesyuarat berlangsung dalam suasana yang baik dengan kedua-dua pihak menunjukkan komitmen jitu untuk menyediakan JCPP yang akan membuka jalan kepada perjanjian damai berkekalan untuk penduduk di wilayah sempadan Selatan Thailand.


"Akhir sekali, mesyuarat juga mengesahkan proses dialog damai harus melibatkan pihak berkepentingan yang juga pemacu penting dalam membawa keamanan berkekalan ke Wilayah Sempadan Selatan Thailand.


"Malaysia mengekalkan pendirian serta komited sebagai fasilitator bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand," kata kenyataan itu

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page