top of page

Pelan inklusif gender tenaga kerja akan diperkenal - Exco Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 16
  • 1 min read


Exco Pembangunan Wanita, Anfaal Saari berkata inisiatif kerjasama dengan pihak swasta bertujuan meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja golongan wanita daripada 53 kepada 60 peratus menjelang 2030 akan diperkenalkan.


Katanya, inisiatif itu akan dilaksana melalui kerangka kepelbagaian, kesaksamaan dan inklusif (DEI) yang bakal diperkenalkan.


"Tahun ini, Kerajaan Negeri melalui Wanita Berdaya Selangor akan melancarkan inisiatif baharu untuk mempromosikan inklusif (terangkum) dalam tenaga kerja.


"Inisiatif ini termasuk program yang menyokong wanita kembali bekerja dan membanteras diskriminasi gender di tempat kerja dengan memperkenal kerangka DEI.


"Kerangka ini mencerminkan sikap proaktif Selangor dalam menghapuskan jurang (bias) gender, meningkatkan inklusif dan memastikan tenaga kerja yang mampan dan beragam," katanya dipetik.


Sementara itu Anfaal memaklumkan, usaha menutup jurang gender di semua peringkat, termasuk dalam pasaran tenaga kerja akan dimantapkan menerusi Rancangan Wanita Selangor 2024-2026.


Menerusi rancangan itu tiga pelan utama digariskan, iaitu menggalakkan susunan kerja anjal, meningkatkan capaian pusat penjagaan awal kanak-kanak dan dorongan wanita bekerja semula, terutama selepas bersalin.


Pada masa sama, pelan tersebut turut menggariskan strategi untuk berdepan negeri menua, antaranya mewujudkan Platform Pekerjaan Warga Emas Selangor.


"Melalui kajian mendalam bersama pakar, pembuat dasar, dan pihak berkepentingan, kami berhasrat untuk meningkatkan kualiti hidup populasi warga emas di Selangor," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page