top of page

Pelan Induk Perkongsian Awam - Swasta 2030 pemangkin transformasi ekonomi



Pelan Induk Perkongsian Awam - Swasta 2030 (PPP) akan menjadi penggerak ke arah transformasi ekonomi negara.


Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar berkata, inisiatif tersebut merupakan langkah strategik penting yang sejajar dengan visi Kerajaan MADANI untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.


"Pelan Induk PPP 2030 ini bukan sekadar dokumen perancangan, tetapi merupakan pemangkin transformasi dalam cara kita membangunkan negara.


"Matlamat keseluruhan adalah untuk mewujudkan landskap PPP yang kukuh dan mampan untuk memacu kesejahteraan nasional. Ini adalah tepat pada masanya dan amat diperlukan," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, terdapat tiga objektif utama pelan berkenaan seperti Meningkatkan pelaburan swasta kepada RM78 bilion menjelang 2030; Mempercepatkan sumbangan KDNK kepada RM82 bilion menjelang 2030 dan meningkatkan pekerjaan sehingga 900,000 menjelang 2030


Di samping itu, katanya, terdapat pula empat teras strategik seperti memperbaiki ekosistem PPP untuk memudahkan penyampaian perkhidmatan yang cekap; Memusatkan penyelarasan untuk memperkukuhkan pelaksanaan PPP; Mengembangkan model PPP untuk mempelbagaikan projek dan meningkatkan kecekapan proses untuk mempercepatkan projek PPP


"Teras-teras strategik ini, bersama dengan 17 inisiatif strategik yang digariskan, mencerminkan pendekatan holistik yang melibatkan pelbagai sektor ekonomi.


"Ia juga menunjukkan penekanan terhadap kelestarian dan alam sekitar dalam projek-projek PPP, serta fokus terhadap inovasi dan penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan.


"Pelan ini juga mencerminkan prinsip-prinsip MADANI yang diperjuangkan - mampan, sejahtera, inovatif, dan berintegriti. Ia membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat antara kerajaan dan industri, yang diyakini akan membawa manfaat besar kepada rakyat," katanya lagi.


Justeru beliau menyeru semua pihak berkepentingan untuk berganding bahu dalam menjayakan pelan PPP berkenaan. Kejayaan Pelan Induk PPP 2030, katanya, bergantung kepada komitmen dan kerjasama semua pihak.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page