top of page

Pelan induk guna tanah ECRL, infrastruktur pengecasan EV dibincang mesyuarat MPFN



Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-42 di Putrajaya yang diadakan semalam menjadi platform terbaik bagi Kerajaan Persekutuan berbincang dengan Kerajaan Negeri berkaitan hal ehwal perancangan bandar dan desa serta pembangunan fizikal negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mesyuarat tersebut telah berjalan lancar dan telah meluluskan beberapa perkara penting bagi meningkatkan kemajuan Malaysia pada masa hadapan.


"Mesyuarat ini menyinggung dan mempertimbangkan beberapa perkara, antaranya MPFN bersetuju untuk meluluskan Pelan Induk Bersepadu Guna Tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) atau dikenali sebagai PeGTaECRL. Dokumen ini akan memandu pembangunan di sekitar 20 stesen dan di sepanjang laluan ECRL yang telah dikenal pasti.


"Pada masa sama, mesyuarat MPFN Ke-42 juga telah bersetuju dengan penambahbaikan kepada proses kelulusan dalam pembinaan infrastruktur pengecasan EV melalui Garis Panduan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik dan Prosedur Pemajuan (GPP EVCB).


"Ini selari dengan transformasi industri automatif negara ke arah peralihan masa hadapan yang lebih mesra alam dan mampan. Ketersediaan infastruktur pengecasan amat penting dalam transformasi sektor automotif," kata PM dalam satu kenyataan.


Selain itu, kata beliau, MPFN Ke-42 juga bersetuju terhadap keperluan pemakaian Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030 dan Pelan Pelaksanaan Geopark Negara oleh Agensi Persekutuan dengan kerjasama Kerajaan Negeri, juga penterjemahan cadangannya dalam dokumen rancangan tempatan (RT) untuk kawalan perancangan dan guna tanah peringkat tempatan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page