top of page

Pelan Hala Tuju Gas Negara dalam proses dimuktamadkan - Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 15
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Pelan Hala Tuju Gas Negara yang akan dilancarkan tahun ini dalam proses akhir untuk dimuktamadkan.


Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pelan itu bertujuan merancakkan rantaian nilai gas domestik memandangkan Malaysia perlu mengimport lebih banyak gas asli cecair (LNG) susulan pengeluaran gas bagi kegunaan pasaran Semenanjung Malaysia semakin berkurangan.


"Apabila lebih banyak syarikat menceburi perdagangan gas dan mengimport LNG untuk dibekalkan, kedudukan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan negara adalah lebih baik dari beberapa sudut.


"Pertama, Petronas dapat menjana pendapatan tambahan memandangkan syarikat pengimport perlu membayar yuran akses untuk menggunakan infrastruktur gas milik Petronas.


"Kedua, risiko Petronas berdepan kerugian kerana memikul beban sebagai satu-satunya pengimport LNG juga berkurangan. Ketiga, bekalan gas lebih terjamin kerana industri gas yang lebih banyak pemain. Keempat, kita boleh menarik pelaburan baharu ke dalam industri gas hiliran," katanya di laman X rasminya.


Sementara itu menurut beliau, mana-mana syarikat kini boleh mengimport LNG untuk dipasarkan yang menggunakan infrastruktur regasifikasi dan rangkaian paip gas yang dimiliki Petronas.


"Infrastruktur regasifikasi dan paip gas memang dimiliki Petronas namun, Malaysia mempunyai kerangka akses kepada pemain industri melalui akses pihak ketiga justeru, mana-mana syarikat boleh mengimport LNG dan dijual ke pasaran.


"Perkara ini menimbulkan beban kepada Petronas kerana kebergantungan negara kepada Petronas semata-mata. Sekiranya harga yang diimport Petronas itu lebih tinggi daripada harga yang dijual kepada pasaran, Petronas terpaksa menanggung kerugian," jelasnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page