top of page

Pelan baru ransangan ekonomi diperlukan seawal Ogos



Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi wabak Covid 19 yang masih belum reda menyukarkan ekonomi untuk pulih seperti sedia kala.


Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai berkata, satu pelan ransangan ekonomi yang baharu perlu digerakkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) seawal Ogos ini.


Katanya, pelan itu perlu bagi menjamin sektor perindustrian bertahan di tengah-tengah kesuraman permintaan pengguna.


"Program subsidi gaji pekerja agak membantu pengilang membayar gaji tetapi ramai pengilang masih menghadapi masalah kekangan kewangan disebabkan oleh kemerosotan angka jualan untuk barangan yang dihasilkan.


"Hanya kilang dalam industri makanan dan sarung tangan atau pelitup muka yang boleh dikatakan berfungsi dengan baik tetapi lain-lain sektor sedang mengalami kesukaran menjual produk mereka.


"Ramai pengilang merungut pendapatan tidak cukup untuk membiayai kos operasi. Justeru itu, ramai pekerja telah hilang pendapatan kerja tambahan masa juga ramai dikenakan pemotongan gaji.


"Satu pelan rangsangan ekonomi patut dilaksanakan bulan Ogos ini sebelum situasi menjadi lebih parah. Kementerian Kewangan sepatutnya memberi perhatian segera kepada kegawatan ekonomi," katanya dipetik.


Bagi Ming Kai, sekiranya industri mengalami kegagalan maka nasib ribuan pekerja akan terjejas. Berkemungkinan sektor industri akan membuang lebih banyak pekerja dan pengangguran yang telah mencecah 800,000 akan meningkat sekali ganda.


"Lambat-laun pengilang yang bukan dalam industri makanan akan menutup operasi dan akan meningkatkan lagi kadar pengangguran. Oleh itu, kerajaan wajar bertindak sekarang untuk meningkatkan kuasa beli rakyat.


"Dasar-dasar yang baru dan lebih pro-aktif harus dirangka bagi membaikpulih keadaan ekonomi kerana kita sedang berdepan terlalu banyak ketidakpastian dalam situasi wabak Covid-19 di seluruh dunia," katanya lagi.


Sehubungan itu, menurut Ming Kai, perbahasan di Parlimen sepatutnya bergerak ke arah menyediakan input ransangan ekonomi, bukannya membuat bising atau mengulang isu-isu retorik perkauman serta seksis sebagaimana yang dilakukan oleh Ahli Parlimen PN sekarang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page