top of page

Pelan baharu pendidikan: KPM jemput jawatankuasa pilihan khas berbincang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 4
  • 1 min read

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mempengerusikan perbincangan. Foto: FB Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mempengerusikan perbincangan. Foto: FB Fadhlina

Oleh: Helmi Mohd Foad


Kementerian Pendidikan mengambil langkah proaktif dengan membentangkan pelan baharu pendidikan negara 2026-2035 dan Kurikulum Persekolahan 2027 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia yang ahlinya turut terdiri daripada blok pembangkang, semalam.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, jawatankuasa dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah itu membincangkan mengenai isu-isu berbangkit mengenai pendidikan negara.


"Semalam, saya jemput jawatankuasa tersebut ke Kementerian Pendidikan bagi berbincang dan mendapatkan maklum balas berkaitan pelan baharu pendidikan negara 2026-2035, Kurikulum Persekolahan 2027 dan isu-isu berbangkit lain yang terkait dengan pendidikan.


"Saya buka seluas-luasnya ruang kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir untuk menyuarakan pendapat dan berkongsi idea bagi meningkatkan kualiti sektor pendidikan negara," katanya dalam hantaran di Facebook.

Antara Ahli Parlimen pembangkang yang hadir sesi perbincangan
Antara Ahli Parlimen pembangkang yang hadir sesi perbincangan

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen itu bertanggungjawab mengkaji, membuat syor serta memantau pelaksanaan dasar dan program berkaitan pendidikan negara.


Fahlina yang menghargai proses semak dan imbang itu berkata banyak sumbang saran yang diterima sepanjang perbincangan tersebut bagi memastikan sistem pendidikan yang terbaik demi manfaat seluruh masyarakat.


"Semoga muafakat ini akan terus erat. Kita berjumpa lagi dalam sidang Parlimen yang akan datang," kata beliau.


Antara anggota parlimen pembangkang yang hadir ialah Syed Sadiq Syed Abd Rahman (Muda), dan Datuk Idris Ahmad (Pas).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page