top of page

Pelan anti rasuah perlu diperkukuhkan - Fadhlina



Pelan Antirasuah Nasional (NACP) perlu diperkukuhkan dalam kalangan jabatan dan organisasi kerajaan bagi mempertingkatkan integriti dan usaha melawan rasuah di kalangan pentadbir.


Menurut Senator Fadhlina Sidek, pelan itu penting merangkumi isu tadbir urus, integriti dan antirasuah yang disepadukan


"Pelan antirasuah organisasi juga perlu diperkukuhkan dengan komponen sistem bagi mencapai matlamat antirasuah secara berterusan. Justeru, apabila ada ruang dan peluang untuk rasuah, penyelewengan dan salah guna berlaku, ia akan dapat dibanteras.


"Ada beberapa cadangan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di jabatan atau organisasi untuk memastikan proses pemantauan itu dibuat.


"Sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Anti-Rasuah Dewan Negara, ini adalah komitmen di peringkat jawatankuasa untuk memastikan rasuah dibanteras sehingga ke akar umbi.


"Tapi, dalam soal ini, ia bukan sahaja melibatkan rakyat kerana yang lebih utama adalah pemimpin negara perlu memastikan rekod dan reputasi negara berdasarkan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dapat dibersihkan,” katanya dalam forum mayabertajuk ‘Rasuah: Tak Peduli Halal Haram semalam.


Selain tu, kata Fadhlina, pendidikan anti rasuah juga penting dalam kalangan rakyat agar budaya anti rasuah menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat negara ini


"Ia tidak cukup dengan Rasuah Busters dan individu-individu besar seperti Tan Sri Musa Hassan untuk membangkitkan kesedaran tentang rasuah.


"Kita perlu didik dan dedahkan sebanyak mungkin agar sentiasa ada yang bercakap, memperingatkan serta mengkritik kepimpinan tentang rasuah.


"Kita juga perlu memperingatkan orang muda mengenainya, ia boleh dimulakan di sekolah dengan isu-isu kesedaran serta adakah anak kita cukup bersedia untuk melawan rasuah ini.


"Masalah ini juga perlu dilihat secara holistik dan perlunya ada gerakan untuk menulis sebanyak mungkin tentang rasuah serta memandang jijik kepada orang yang terpalit dengannya,” katanya dipetik Sinar Harian.



0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page