top of page

Pelaksanaan sistem subsidi bersasar dijalankan secara berperingkat



Kerajaan secara berperingkat akan memansuhkan sistem subsidi menyeluruh yang diamalkan sebelum ini, ke arah pelaksanaan sistem subsidi bersasar


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, walaupun langkah itu tidak mudah namun ia bagi mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.


Tambahnya, peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi bersasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul.


"Subsidi menyeluruh sudah menjadi ciri dalam ekonomi Malaysia selama beberapa dekad. Bukan perkara mudah untuk cuba perlahan-lahan membawa semua orang untuk menghapuskan sistem subsidi menyeluruh, tetapi kerajaan telah melakukannya.


"Saya berasa amat lega kerana kita telah mengambil langkah itu dan teguh bertahan dalam tempoh enam bulan lalu. Bagi subsidi elektrik ia telah pun dilakukan dan seterusnya kita akan beralih kepada subsidi diesel dan petrol. Ia juga merupakan satu cabaran untuk mencapai keseimbangan antara pembiayaan dan keupayaan," katanya.


Rafizi berkata demikian dalam ucapan pada sesi peringkat menteri mengenai "Policies and Pathways for Sustainable Asia” di persidangan Energy Asia 2023 yang berlangsung, di Kuala Lumpur pada Isnin


Sementara itu beliau berkata bagi ekonomi seperti Malaysia, kerajaan perlu merancang kesemuanya supaya akan ada peralihan mengikut fasa demi fasa kerana kerajaan perlu memastikan ada pembiayaan dan dasar fiskal yang betul ke arah itu.


"(Selain itu) insentif yang tepat untuk masyarakat bergerak secara berperingkat bagi menjauhi bahan api fosil dan lebih kepada tenaga hijau juga memastikan bahawa kita akan dapat memanfaatkan kekuatan sedia ada dalam minyak dan gas atau industri lain untuk membawa keupayaan yang betul dalam pasaran demi membina ekonomi hijau dan peralihan tenaga.


"Pada akhirnya, rakyat perlu merasai perubahan dalam peralihan tenaga, mereka perlu menghargai bahawa kerajaan sedang menguruskan risiko iklim dan pada masa sama mereka perlu menjadi sebahagian daripada ekonomi ini," tambahnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page