top of page

Pelaksanaan projek-projek kecil dipercepatkan - MOF



Kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek kecil seluruh negara bagi memastikan kerja terbabit dapat disiapkan dalam tahun semasa, kata Kementerian Kewangan.


Melalui satu kenyataan MOF berkata kelonggaran turut diberikan kepada kontraktor projek kecil dalam urusan perolehan kerja bagi menangani isu prasarana rakyat terutamanya masalah sekolah, jalan berlubang dan klinik daif.


Kerajaan turut memberi kelonggaran dalam urusan perolehan kerja menerusi kaedah pelaksanaan projek seperti Pengecualian ke atas Arahan Perbendaharaan (AP) 182 kepada semua kementerian atau agensi pelaksana di peringkat negeri dan daerah.


"Had nilai sehingga RM1 juta bagi projek penyelenggaraan serta pembaikan kecil tanpa perlu melalui Jabatan Teknik termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


"Pengesahan kerja siap boleh dibuat Ketua Jabatan atau pegawai yang diturunkan kuasa di peringkat negeri dan daerah dengan mematuhi kesempurnaan kerja mengikut tadbir urus baik.


"Mewujudkan Pasukan Pemantau Projek sama ada di peringkat negeri atau daerah dengan penglibatan beberapa agensi dan pegawai dari pelbagai Jabatan bagi membantu memantau pelaksanaan projek," kata kenyataan tersebut sambil menegaskan ia berkuatkuasa serta merta sehingga 31 Disember 2023 ini.


Selain itu, kerajaan turut bersetuju memberi kelonggaran kaedah perolehan bagi semua projek penyelenggaraan kecil daripada kementerian atau agensi pengguna sehingga ke peringkat negeri dan daerah.


"Had nilai sebutharga ditingkatkan kepada RM1 juta daripada RM500,000 manakala secara cabut undi ditingkatkan kepada RM200,000 daripada RM100,000," ujar kenyataan itu.


Dalam pada itu, MOF berkata bagi meningkatkan penglibatan kontraktor kecil daripada pelbagai kelas untuk projek berskala kecil, kerajaan memperkenalkan kemudahan pembiayaan secara ‘financial close’ bagi memastikan mereka tiada masalah aliran tunai dan kerja disiapkan mengikut jadual.


Ujarnya, butiran lanjut berkenaan program dan AP 182 boleh dipanjangkan kepada dasar.bpk@mof.gov.my atau hubungi talian 03-8882 3232/4476/3225.


Untuk rekod, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Jun lalu berkata Kerajaan Perpaduan akan terus berpegang pada prinsip tata kelola baik dalam pentadbiran dan memastikan perolehan kerajaan khususnya melibatkan projek cakna rakyat seperti pembaikan dan penyelenggaraan sekolah, klinik daif serta jalan berlubang dilaksanakan segera.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page