top of page

Pelajar terkandas: KPT wajar sediakan pelan luar jangka



Mahasiswa terkandas akibat keputusan tergesa-gesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menukar sesi kuliah fizikal kepada secara atas talian terus mendapat kecaman rakyat.


Bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, situasi kucar-kacir yang berulang beberapa kali sepanjang pandemik Covid 19 itu sewajarnya memerlukan KPT menyediakan pelan luar jangka pada masa hadapan bagi mengelakkan kerugian dan kesusahan yang ditanggung pihak mahasiswa atau keluarga mereka.


"Sebagai tambahan kepada SOP dan garispanduan yang sedia ada, saya menyeru pihak KPT menyediakan pelan atau kerangka jangka panjang untuk menjamin sektor ini tetap bertahan menghadapi cabaran Covid-19.


"Kerangka ini boleh dijadikan asas kepada SOP pada masa hadapan, dan dijadikan panduan untuk setiap IPT menyediakan pelan mereka sendiri sejajar dengan keperluan pedagogi setiap bidang pengajian yang berbeza.


"Ia juga perlu dilengkapi dengan pelan luar jangka untuk situasi yang berbeza, termasuk kemungkinan kenaikkan kes pada masa akan datang serta mengambilkira risiko pandemik-pandemik lain pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan.


Manakala bagi pelajar yang telah terkandas di kampus, Nik Nazmi mencadangkan agar KPT menyediakan bantuan kewangan untuk mereka membeli tiket pengangkutan pulang ke kediaman masing-masing, terutama mahasiswa dalam kalangan keluarga B40 atau yang tempat kediaman jauh berjauhan dari kampus.


"Untuk mengurangkan bebanan keluarga berpendapatan rendah, saya mencadangkan KPT menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang terkesan: sama ada dari segi pembayaran balik kos perjalanan atau tambahan kepada Bantuan Prihatin yang sedia ada. Rebat yuran untuk tahun 2020 dan 2021 juga patut dipertimbangkan.


"Saya juga menyeru pihak KPT menyediakan pengangkutan yang bersesuaian seperti bas kepada pelajar yang perlu kembali ke rumah masing-masing, dan membawa mereka semula ke universiti kelak. Rakyat tidak patut menangggung bebanan tambahan tatkala ramai yang dalam kesempitan," katanya.


Jurucakap Parlimen KEADILAN Bagi Pendidikan itu juga menyeru agar KPT pada masa hadapan menyediakan kerangka komprehensif sebagai garispanduan menangani krisis Covid 19 untuk sektor pendidikan tinggi awam dan juga swasta.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page