top of page

Pelajar STEM dan TVET perlu diberi pendidikan percuma



Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN menyarankan supaya kerajaan memberi pendidikan percuma kepada pelajar yang memilih jurusan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) di peringkat universiti.


Gesaan itu disuarakan Sim Tze Tzin dalam temubual secara Live di laman Tik Tok Free Malaysia Today.


Selain pelajar golongan itu, pendidikan secara percuma jelasnya turut wajar diberikan pelajar yang mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


"Kerajaan jangan takut nak beri pendidikan percuma sebab pada masa depan, bila mereka dapat pendapatan yang tinggi, mereka akan bayar cukai. Nilai cukai ini lebih tinggi dan kerajaan akan dapat balik (pulangan pendidikan percuma).


"Kalau pekerja kita gaji rendah, kita (kerajaan) kena bagi BR1M, pelbagai subsidi. Tapi kalau mereka mendapat pekerjaan yang berkualiti, secara automatik isu-isu ini akan diselesaikan. Mereka bukan lagi B40 tapi sebaik tamat pengajian mereka M40," jelasnya.


Sementara itu beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru turut menyatakan kebimbangan berhubung kemerosotan jumlah pelajar yang memilih aliran STEM.


Jika tidak ditangani, jelasnya, akan menyebabkan negara ketandusan tenaga kerja mahir sekaligus merugikan negara.


Justeru beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan laluan pantas atau “express lane” untuk pelajar STEM memasuki institut pengajian tinggi (IPT).


"‘Express lane’ ini bermaksud semua IPTA menawarkan kursus STEM secara terus kepada semua pelajar SPM, tanpa melalui Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau matrikulasi. Keputusan baik dapat tawaran masuk universiti, yang kurang baik, masuk TVET," katanya yang mengutarakan tiga cadangan itu ketika membahaskan ucapan dasar Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, baru-baru ini.


"Saya cadangkan dekat Parlimen, dengan cara ini kita boleh lahirkan satu juta graduan STEM dan TVET dalam masa lima tahun. Saya yakin Malaysia akan maju. Pelabur akan berpusu-pusu masuk ke negara ini," jelasnya pada sesi temubual itu.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page