top of page

Pelajar keluarga kurang mampu, Menteri beri kelonggaran pakaian kokurikulum



Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan kelanggoran kepada pelajar untuk mengenakan baju-T bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.


Kelonggaran itu diumumkan menterinya, Fadhlina Sidek semasa ditemui pemberita dalam satu program di Nilai, Negeri Sembilan.


Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN menjelaskan rasional kepada keputusan itu adalah bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.


"Jika tak mampu, pakai baju sukan yang sesuai untuk hadir ke sekolah dan mengikuti semua program kokurikulum sekolah, jadi tak timbul soal kita berkeras dalam soal uniform, kita bagi ruang


"Kita bersikap bertolak ansur dalam perkara ini sesuai dengan keadaan kerana sedar dengan kos penyediaan yang tinggi selain masalah banjir yang sebahagian tempat belum pulih sepenuhnya," katanya.


Beliau sebelumnya Seminar Membangunkan Malaysia MADANI Peranan Sektor Pendidikan di Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek.


Menyentuh isu pelajar di beberapa negeri yang berdepan bencana banjir baru-baru ini, beliau turut menjelaskan kelonggaran sama turut diberikan untuk pelajar terbabit hadir ke sekolah meskipun tidak mengenakan pakaian seragam sekolah.


"Dalam konteks di Johor misalnya, kita (KPM) beri ruang kepada mereka ini supaya datang ke sekolah walaupun tanpa memakai pakaian seragam.


"Yang penting asalkan berbaju, sebab kita tak nak beban hanya soal baju (seragam) itu, mereka dinafikan daripada pendidikan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page