Pelajar 17 tahun pun dikompaun RM10,000?



Tindakan kerajaan meningkatkan kompaun melanggar Prosidur Operasi Standard (SOP) menghindari jangkitan Covid 19 daripada RM1,000 kepada RM10,000 membebankan pelbagai golongan.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tragedi seorang remaja yang terlupa mengimbas QR MySejahtera dikompaun RM10,000 sepatutnya membuka minda pemimpin negara untuk mengkaji semula peraturan tersebut.


"Merujuk kepada laporan media seorang pelajar berusia 17 tahun dikompaun RM10,000 di Melaka kerana terlupa mengimbas aplikasi MySejahtera. Kejadian ini membuktikan kelompongan SOP Covid-19 oleh kerajaan hari ini.


"Saya bersimpati buat pelajar terbabit dan keluarganya. Nilai RM10,000 terlampau besar untuk kebanyakan rakyat.


"Saya akan menulis surat segera kepada Pengarah Kesihatan Melaka untuk menilai kembali SOP menindas ini dan mengecualikan pelajar ini daripada di denda maksimum," katanya dalam satu kenyataan.


Sejak 11 Mac lalu, apabila kadar baharu diperkenalkan sebanyak 1,377 orang telah dikompaun RM10,000.


Banyak pihak tidak berpuas hati dengan kadar baharu itu dan meminta kerajaan menilai kembali peraturan terebut kerana kadar yang membebankan sewaktu ekonomi negara meleset.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER