top of page

Pelajar 10A dijamin tempat program matrikulasi, bukti rakyat diutamakan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Keputusan kerajaan memberi tempat dalam Program Matrikulasi kepada pelajar cemerlang memperoleh 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam merealisasikan reformasi berteraskan prinsip 'rakyat diutamakan'.


Timbalan Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng (gambar) menyifatkan, keputusan tersebut jelas merupakan langkah penting ke arah sistem pendidikan yang lebih adil, telus, dan berasaskan merit.


''Namun, sayang sekali, ada segelintir pemimpin daripada sesetengah parti sekutu Kerajaan Perpaduan tergesa-gesa tampil dengan dakwaan kononnya ini adalah 'kemenangan rakyat' dan menyatakan kerajaan tergesa-gesa membuat perubahan setelah dikritik.


''Saya ingin bertanya, ketika pemimpin yang sama dalam Kabinet yang lepas, bila kali terakhir keputusan seumpama ini dibuat?


''Bila kalian benar-benar memperjuangkan nasib pelajar 10A? Bila kalian mengakui diskriminasi sistemik sebagai masalah yang perlu dibaiki?,'' soal beliau dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Andre Lai berkata, hari ini merupakan permulaan baru iaitu semua pelajar yang mendapat 10A tanpa mengira latar belakang, warna kulit, atau agama berpeluang meraih harapan dalam sistem negara.


Tegas beliau, itu adalah inti sebenar reformasi Kerajaan Perpaduan dan KEADILAN yangg tidak tunduk kepada desakan politik atau sentimen perkauman, sebaliknya memikul tanggungjawab sejarah demi membina sistem yang adil untuk generasi akan datang.


''Saya juga harus menyatakan dengan jelas, reformasi berani dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini. Jika mereka pemimpin parti tersebut masih ada sedikit rasa malu, hentikanlah cubaan mengubah naratif reformasi ini seolah-olah ia 'kemenangan' kalian.


''Rakyat tidak mudah lupa, dan tidak akan membiarkan sandiwara politik mengaburi sejarah sebenar. Ini kemenangan rakyat, harapan untuk generasi masa depan.


''Yang penting reformasi dapat dilaksanakan kerana ketegasan Kerajaan Perpaduan. Rakyat bukan sekadar menuntut keadilan, tetapi membetulkan sejarah. Satu legasi yang akan ditinggalkan oleh Kerajaan Malaysia MADANI,'' ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page