top of page

Pelaburan sektor tenaga: Kerajaan akan kenal pasti lokasi strategik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 7, 2023
  • 1 min read


Kerajaan akan segera mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai bagi melaksana pembangunan untuk sektor tenaga boleh diperbaharui


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu susulan Malaysia kini menjadi pilihan kepada pelabur-pelabur luar yang mahu datang ke Malaysia untuk melabur dalam bidang tersebut.


"Beberapa kawasan akan dipilih, kita akan mengenal pasti di antara 10 hingga 12 tempat. Mereka (pelabur) akan pilih. Sebahagiannya di Pahang," katanya dipetik di akhir lawatan kerja dua hari beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi malam tadi.

Terdahulu, lawatan rasmi dua hari perdana menteri itu berjaya menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion untuk Malaysia,


Pelaburan yang diraih termasuk komitmen daripada Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (MASDAR) untuk melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia.


Sementara itu jelas Anwar, Malaysia berada di hadapan dalam menerima pelaburan bagi sektor tenaga boleh diperbaharui dan akan semakin ke depan jika komitmen pelaburan projek tenaga boleh diperbaharui dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt itu menjadi kenyataan.


Selain mengenal pasti lokasi sesuai untuk pelaburan sektor tenaga itu, kerajaan juga jelasnya bercadang supaya pusat data yang ketika ini berada di Johor dan Selangor dikembangkan ke negeri-negeri berdekatan.


"Sewaktu pertemuan dengan pelabur-pelabur, mereka semua meminta kita mempercepatkan dan memudahkan proses untuk melakukan perniagaan. Ini yang kita kena usahakan, sebab ada negara lain yang boleh menawarkan dengan lebih baik daripada kita.


"Jika kita memudahkan mereka, pelaburan masuk akan lebih tinggi dan pendapatan negara meningkat," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.


* Kredit foto: Sadiq Asyraf, PMO

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page