Pelaburan masuk RM71.3 bilion, tengok TikTok PN negara sudah hancur
- Redzuan Shamsudin
- Jul 9, 2023
- 1 min read

Pengundi yang akan membuat keputusan melantik kerajaan pada Pilihan Raya Negeri pertengahan Ogos ini perlu berfikir bijak sebelum membuang undi.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, pengundi tidak harus terpedaya oleh mesej di media sosial yang dibuat penyokong PN untuk mempengaruhi mereka, terutama dalam isu ekonomi.
"Pakatan Harapan bersama GPS, GRS dan BN (bergabung) membentuk kerajaan yang stabil. Stabil untuk apa? Untuk tarik pelaburan.
"Saya buat kaji selidik, kalau ikut data TikTok (PN) negara dah hancur, negara terburuk di dunia. Tetapi kalau tengok fakta. Pelaburan berapa bilion? Saya rujuk MITI pelaburan masuk RM71.3 bilion dalam suku pertama (2023).
"Memang tidak cukup. Ini permulaan.
"PM ini nak kritik secara membina boleh, tetapi kalau kamu sikit sikit nak guling kerajaan. Apakah jenis politik sebegini," katanya dalam ceramah Jelajah Madani dan pelancaran jentera pilihanraya di DUN Kulim, semalam.
Menurut Nurul Izzah lagi, rakyat perlu bersabar untuk merasai ekonomi yang semakin pulih.
Dalam tempoh sama, katanya, kerajaan telah menyediakan bantuan pelbagai bentuk kepada rakyat yang memerlukan.
"Pertumbuhan ekonomi 5.6% (suku pertama). Mestilah ambil masa nak rasa di peringkat bawah, saya tak nafikan.
"Namun (penyelesaian) harga barang naik, kita ada bakul Rahmah. Kita akan pastikan semua dapat rasa, dan ini difikirkan oleh Kerajaan Madani," katanya lagi.
Comments