top of page

Pelaburan BlackRock RM25 bilion di Malaysia, ekonomi merudum jika disekat



Desakan pembangkang PN supaya kerajaan menyekat atau membatalkan pelaburan syarikat pengurus dana antarabangsa pro-Israel, BlackRock merupakan langkah yang tidak bijak.


Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, langkah seperti itu hanya akan menyebabkan ekonomi negara merosot, mata wang jatuh dan ramai akan hilang pekerjaan.


"Perniagaan BlackRock di Malaysia ini bukan perkara baru. Malah syarikat pelaburan antarabangsa itu sudah melabur di negara kita sejak berpuluh tahun lalu dengan pelaburan ekuiti atau bon melibatkan GLC, juga syarikat korporat lain


"BlackRock mempunyai pegangan saham dalam syarikat senaraian awam di Bursa Saham Kuala Lumpur bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bentuk bon kerajaan.


"Untuk makluman sehingga Mei 2024 firma ini sudah sedia miliki pelaburan di 100 syarikat tersenarai, dengan 3 institusi perbankan di negara ini," katanya dalam siaran langsung Facebook, malam tadi.


Tegas Lokman, dalam dekad terakhir ini peranan modal asing semakin penting untuk mengukuhkan ekonomi Malaysia kerana menghadapi persaingan sengit pasaran di Asia Tenggara yang sedang membangun.


Sekiranya gergasi modal seperti BlackRock menarik keluar modal, kata beliau, maka kesannya amat serius dan bakal merosotkan nilai mata wang lebih teruk daripada sekarang.


"Pendedahan BlackRock sekitar 20% di pasaran ekuiti, manakala dalam bon jauh lebih ketara.


"Penarikan keluar dana dari Malaysia bukanlah perkara baik untuk ekonomi. Persepsi negatif akan berpotensi menjejaskan mata wang serta memberikan kesan berantai kepada ekonomi kita


"Ada kesan domino jika kita sekat perniagaan dengan BlackRock. Ringgit pasti akan menyusut dan akan beri kesan besar kepada import serta kesan kepada harga barang (melambung)," katanya yang berasa pelik kerana pembangkang tidak memikirkan nilai ringgit atau harga barang yang mereka perjuangkan apabila menggesa BlackRock diusir dari Malaysia.


Oleh itu, kata Lokman, PN tidak seharusnya terus bermain politik mendesak kerajaan menyekat firma pelaburan berpangkalan di Amerika Syarikat itu.


Apatah lagi, katanya, BlackRock diberi peluang menguasai sebahagian besar dana KWSP ketika Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pada 2021.


"KWSP gunakan BlackRock ini (menguruskan pelaburan) RM600 bilion sejak zaman Muhyiddin.


"Pada saya kerajaan tidak lakukan campurtangan politik untuk membatalkan penglibatan syarikat ini walau ada kaitan dengan Israel. Syarikat berpangkalan di Israel memang kita pancung.


"BlackRock ini hanya sebuah syarikat yang pro Israel. Kalau syarikat pro Israel jumlahnya banyak, Starbuck, McDonald, KFC. Kalau kita henti hubungan dengan syarikat berasal dari Israel (berpangkalan) itu pun kita dah dapat bahana. Ada boikot minyak sawit kita, ada boikot produk kita.....


"Kalau tidak mahu syarikat pro Israel maka pelaburan baru dari Microsoft kita tak boleh ambil, tak boleh ada KFC, Starbuck. Kita tak boleh double standard (usir BlackRock, benarkan yang lain), semua kena potong. Bersediakah kita?" tanyanya.


Untuk rekod, pembangkang sering mengaitkan isu BlackRock mengambilalih konsortium antarabangsa melibatkan

Global Infrastructure Partners (GIP) yang memiliki pegangan saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi menggambarkan Kerajaan Madani pro syarikat Israel dan hipokrit dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page