top of page

Pelaburan besar China janjikan masa hadapan gemilang buat Malaysia



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Di sebalik 'sosek-sosek' cubaan 'kerengga' yang tidak berhenti-henti mengugat perpaduan negara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mara memacu ekonomi dengan membawa pelaburan baharu yang bernilai hampir RM20 bilion dari China.


Semalam PMX telah menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM19.84 bilion antara syarikat-syarikat Malaysia dan China sempena lawatan kerja sehari beliau ke Nanning.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berada di negara tersebut untuk lawatan kerja sehari atas undangan Perdana Menteri China, Li Qiang bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-20 (CAEXPO) 2023.


MoU pertama ditandatangani dengan nilai pelaburan dianggarkan RM15 bilion (AS$5.2 bilion) antara Citaglobal Bhd dan Shanghai Sus Environment, di mana kedua-dua syarikat akan meneroka potensi kerjasama pembangunan loji janakuasa sisa kepada sumber tenaga.


MoU kedua bernilai kira-kira RM2.34 bilion (AS$500 juta) antara PM Access World dan Beibu Gulf Port Group.


Ia melibatkan kerjasama pergudangan dan logistik antara kedua-dua syarikat dalam menyokong Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu rantau ini untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangxi dan Malaysia.


Sementara MoU terakhir dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion ialah antara Sime Darby Oils International Ltd dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group.


MoU ini mengenai kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.


Dalam lawatan PM ke China sebelum ini, Malaysia berjaya meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah iaitu berjumlah RM170 bilion daripada pelabur-pelabur China.


Ia hasil daripada 19 MoU yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan pelabur China.


"Ini merupakan rekod tertinggi kepada negara, yang mana kami sudah mencapai komitmen sebanyak RM170 bilion pelaburan," kata Perdana Menteri selepas menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-China 2023 di Beijing, Mac lalu.


Ini bermakna, dalam dua kali lawatan ke China oleh PM dalam tempoh 9 bulan menerajui Kerajaan Perpaduan, beliau telah berjaya menarik komitmen pelaburan untuk negara berjumlah hampir RM190 bilion keseluruhannya.


Pelaburan yang sebengini besar bukan saja mampu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, bahkan memberi jaminan dalam penyediaan pekerjaan rakyat untuk masa hadapan.


Perkembangan ini sekaligus memperlihatkan negara yang dipimpin Anwar sedang berada di landasan yang betul dan sedang berkembang ke arah yang lebih baik lagi.


Harus disedari, China adalah kuasa ekonomi terbesar dunia selain Amerika Syarikat dan dengan komitmen tinggi syarikat-syarikat negara itu untuk terus melabur di negara ini, ia juga memperlihatkan keyakinan antarabangsa yang mantap terhadap kepimpinan semasa.


Dengan peredaran masa, disertai kesungguhan, komitmen dan kerja keras Perdana Menteri tidak kenal erti penat dalam bekerja, harapan untuk melihat masa depan negara yang lebih baik tidak boleh lagi dianggap sekadar impian.


Masa akan menjawabnya apabila semua pelaburan itu secara perlahan-lahan dilaksanakan dan menjadi kenyataan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page