top of page

Pelaburan asing mencurah, limpahan kemakmuran ekonomi Malaysia



Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang mencurah masuk sebaik sahaja Kerajaan Perpaduan dibentuk dijangka memberi limpahan ekonomi kepada rakyat Malaysia.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata demikian dalam menjawab soalan dari Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Hamzah Zainudddin (PN - Larut) dalam sesi sidang Dewan Rakyat pagi tadi.


"Pelaburan diluluskan bagi suku pertama 2023 adalah sebanyak RM71.4 bilion. Iaitu peningkatan 60% ketimbang suku pertama tahun lalu.


"Pelaburan digital berkualiti dari Amazon Web Services RM25.5 bilion menjelang 2027, dan Tesla dalam kenderaan elektrik. Perjanjian Geely-Proton lebih serius (projek di Proton City) Begitu juga Rongsheng petrokimia di Johor," katanya.


Mengenai perbelanjaan kerajaan, PM berkata, perbelanjaan pertama sebanyak RM93.3 bilion iaitu 24% peruntukan tahunan telah pun dibelanjakan. Dan ia 7.5% lebih tinggi daripada perlaksanaan suku pertama 2022.


Manakala keyakinan ekonomi dalam kalangan pemain kewangan serta agensi penarafan, kata Anwar, amat tinggi.


"Kita lihat keyakinan pengurusan ekonomi dengan agensi penarafan kredit Fitch yang mengekalkan penarafan Malaysia sebagai baik dalam keadaan hutang bertambah.


"Ekonomi mencatat pertumbuhan 5.6% suku pertama. Ini lebih tinggi daripada Indonesia 5%, China 4.5% dan Vietnam 3.3%.


"Ini juga lebih kukuh daripada unjuran Bank Negara Malaysia sebelumnya. Kadar pengangguran juga menurun ketimbang suku keempat tahun lalu," katanya.


Peningkatan pelaburan dan jumlah hasil juga berlaku, kata Anwar, akibat reformasi institusi yang dilakukan di pihak kerajaan terutama dalam beberapa agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa penuh mengendalikan bidang tugas mereka.


"Beberapa langkah tatakelola yang dijanjikan termasuk wewenang lebih meluas badan penguatkuasaan termasuk LHDN dan SPRM.


"Kemudian kita telah membatalkan beberapa kelulusan rundingan terus disusuli tindakan segera mengikut kaedah fast track tender, terutama tebatan banjir dan projek sekolah daif serta klinik desa.


"Keutamaan tetap diberi kepada tender kontraktor Bumiputera dan beberapa akta tanggungjawab fiskal akan dibentangkan. Pembaharuan perkhidmatan awam telah mengurangkan karenah birokrasi melalui STAR, pasukan petugas khas reformasi agensi termasuk dalam melaksana 'ease of doing business'.


"Juga tindakan membatalkan monopoli telah dilakukan seperti mana model dwirangkaian 5G, satu keputsuan tegas dari kita walaupun tekanan dari Amerika Syarikat dan Eropah sangat kuat," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page