top of page

Pelaburan Amazon bukti keyakinan pelabur kepada Malaysia



Keputusan Amazon Web Service (AWS) membuat pelaburan sebanyak RM 25.5 bilion di Malaysia menjadi bukti keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan berkata, pelaburan syarikat itu akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi dan perkembangan revolusi industri ke 4 (IR 4.0) di negara ini.


"Memetik kenyataan dikeluarkan oleh laman The Edge Market, pihak AWS bersetuju melabur sebanyak RM 25.5 bilion sehingga 2037 di dalam infrastruktur pengkomputeran awan (cloud computering infrastructure).


"Mereka juga komited bahawa pelaburan ini akan menggalakkan kemahiran, inovasi dan kemampanan ekonomi sesuai dengan konsep Malaysia Madani sekaligus menjayakan sasaran Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi," kata kenyataan itu.


Difahamkan AWS akan membuka infrastruktur serantau baharu di Malaysia.


Anwar dalam ucapan menerusi rakaman video yang disiarkan di majlis Kemas Kini Utama Perniagaan: AWS Malaysia semalam menyatakan harapan supaya pelaburan itu mendorong Malaysia menjadi pusat data Asia Tenggara dan hab digital untuk rantau ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page