top of page

Pelaburan AHTV perlu beri manfaat kepakaran, perniagaan tempatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 12, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan akan memberi dukungan yang diperlukan kepada pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim, Perak yang sedang giat diusahakan oleh Geely holding dan DRB-HICOM.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen itu susulan pertukaran dokumen perjanjian usaha sama antara DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd pada Isnin.


"Mengadakan perbincangan lanjut bersama Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd. Eric Li berhubung perancangan syarikat gergasi automotif tersebut menjadikan Malaysia sebagai hub strategik mereka.


"Saya tekankan supaya pelaburan yang dibuat di Malaysia perlu memberi manfaat kepada bakat dan perniagaan tempatan.


"Selain itu, Kerajaan komited untuk memberi dukungan yang berkaitan dan yang diperlukan kepada pembangunan Automotive Hi-Tech Valley yang sedang giat diusahakan oleh Geely dan DRB-HICOM," katanya menerusi ciapan di laman sosial X.


Pengarah Urusan Kumpulan DRB HICOM Tan Sri Syed Faisal Albar menandatangani perjanjian tersebut sebagai mewakili kumpulan manakala Geely Holding diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Daniel Li.


Turut hadir adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dan usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.


AHTV akan meliputi penyelesaian automotif dan mobiliti yang luas dan merangkumi seluruh rantaian nilai, daripada pusat penyelidikan dan pembangunan global berteknologi tinggi sepenuhnya, sehingga kepada pengeluar peralatan asal automotif bertaraf dunia dan kluster pembuatan.


Selain itu, AHTV juga akan menyokong perkhidmatan dalam ekosistem yang berkaitan, seperti logistik, latihan dan institusi pembelajaran dalam bandar pintar untuk industri automotif, kata kenyataan itu.


Sementara itu menurut Anwar, Geely Holding berkongsi bahawa antara tarikan yang mendorong mereka untuk membawa pelaburan ke negara ini adalah hasil daripada manfaat hubungan perdagangan Malaysia dan negara seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah selain daripada pemilikan kepentingan dalam Proton.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page