top of page

Pelabur kini lebih yakin kepada Malaysia



Usaha Kerajaan Perpaduan membersihkan nama negara yang tercalar kerana rasuah dan salah guna kuasa sejak beberapa tahun lalu mula menunjukkan hasil.


Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelabur memberikan reaksi positif kepada negara ini susulan dasar dibawakan kerajaan baharu yang bertekad memastikan ketelusan dalam pentadbiran mencetuskan minat pelabur.


"Keterbukaan Malaysia dalam membanteras rasuah dan salah guna kuasa serta langkah tegas menentangnya, menarik minat sektor perniagaan di Indonesia.


"Mereka yakin kita memudahkan mereka untuk menjalankan perniagaan di Malaysia," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di Jakarta semalam.


Mengulas lanjut, Anwar berkata pada sesi pertemuan bersama pelabur kerajaan menyatakan secara jelas dengan janji memudahkan urusan, termasuk kelulusan segera di semua bahagian.


"Mereka juga diberikan jaminan yang jelas oleh menteri-menteri kita, keadaan akan berubah.


"Isu ketelusan dan tiada lagi komisen dibangkitkan. Mereka yakin perubahan berlaku dalam landskap politik baharu negara," katanya.


Anwar sementara itu mendedahkan, Pengasas dan Pengerusi CT Corp, Chairil Tanjung juga telah menyatakan minat untuk menerokai peluang pelaburan di Malaysia.

CT Corp salah satu konglomerat utama Indonesia yang merangkumi beberapa media.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page