Pelabuhan Miri: Kerajaan buang duit RM400j, bina pelabuhan di sungai



Kerajaan Sarawak melalui parti SUPP yang memenangi DUN DUN sekitar Miri merestui pembinaan projek 'gajah putih' apabila Pelabuhan Miri tidak boleh menerima kapal kapal besar kerana terletak di perairan cetek.


Menurut Naib Presiden KEADILAN, Dr Micheal Teo, projek yang menghabiskan wang rakyat begitu banyak itu diluluskan oleh Gabungan Parti Sarawak secara semberono dan tidak melakukan kajian teliti sebelum membenarkan pembinaan.


"Pelabuhan Miri menjadi projek gajah putih kerana dulu kerajaan pusat beri duit kepada kerajaan Sarawak buat pelabuhan (tetapi tanpa kajian rapi).


"Pelabuhan Kuching, Bintulu atau Sibu memang boleh digunakan (kapal besar) tetapi SUPP mahu buat satu pelabuhan (di Miri). Miri port, malang tak boleh pakai dan buang duit RM400 juta.


"Kalau kita tengok pelabuhan itu terletak di sungai, bukan laut dalam. Bertempat 2 kilometer di (muara) Sungai Baram.


"Kuala Sungai Baram kedalaman air 10 kaki atau 3 meter. Kalau low tide baru 4 - 5 kaki saja. Kuala macam itu kapal besar dari Pelabuhan Kelang, Singapura mana boleh masuk?" tanya Dr Teo dalam sidang media secara atas talian, pagi tadi.

Lokasi Pelabuhan Miri di muara sungai

Menurut Ahli Parlimen Miri itu lagi, pelabuhan tersebut ditertawakan oleh negara luar dan kapten kapten kapal takut untuk membawa kapal mereka berlabuh dikhuatiri akan tersangkut pada dasar sungai.


Oleh itu, katanya, barang barang yang dijual di Miri jauh lebih mahal kerana terpaksa diangkut dari beberapa pelabuhan lain yang beratus kilometer jauhnya.


"Sebab itu barang di Miri dari Semenanjung terpaksa ke Bintulu, Sibu atau Kuching. Barang di Miri (perlu di) hantar ke Bintulu dahulu, naik lori 3 jam. Kos bertambah. Jadi barang di Miri lebih mahal.


"Kalau kereta seperti Proton, mahu beli dari Pelabuhan Kelang, hantar ke Kuching dulu, dari sana tarik (towing) sampai Miri perlu bayar RM300.


"Ini (pelabuhan) projek buang duit. 25 tahun pelabuhan itu wujud saya tidak pernah tengok kapal datang dari mana mana," katanya sinis.


Sehubungan itu, Dr Teo merayu agar pengundi pada pilihan raya kali ini bertukar kepada Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan wakil rakyat yang lebih baik pemikirannya dilantik.


Katanya, andai PH menang dan membentuk Kerajaan Negeri maka projek gajah putih tidak akan berlaku lagi dan dana akan dihemat daripada pembaziran.


"Kalau KEADILAN dapat bentuk kerajaan, bila buat pelabuhan kita akan kaji setelitinya, dan tidak akan buat projek cincai dan buang duit.


"Oleh itu dalam pilihan raya ini rakyat perlu tukar. Jangan lagi kekalkan SUPP di DUN. Mereka banyak buat projek yang menghabiskan dana. Tukar kepada calon PH dan KEADILAN yang lebih pandai," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER