top of page

Pekerjaan Skil Rendah Lenyap 10 Tahun Lagi?

  • Writer: Abdul Rahim Razak
    Abdul Rahim Razak
  • Sep 27, 2021
  • 1 min read

Pekerjaan berskil rendah akan lenyap 10 tahun lagi. Demikian pendapat mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.


Oleh itu, katanya, ketika beliau mengendalikan Kementerian Pendidikan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan kerajaan bersetuju melaksanakan Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara yang mencadangkan Malaysia bergerak ke arah Model Pendidikan Baharu.


Menurut Maszlee, model pendidikan tersebut tidakm lagi menggunakan kaedah pembelajaran lama, hafalan dan peperiksaan. Sebaliknya melatik murid untuk membina skil dan ketrampilan.


Model Pendidikan Baharu juga, katanya akan mendemokrasikan pendidikan dan membenarkan silang aliran Sains dan Sastera di peringkat menengah.


Hal itu akan menyediakan pelajar-pelajar Malaysia memasuki gerbang baharu teknologi dan dipersiapkan untuk pekerjaan masa hadapan yang mengutamakan robot dan kecedasan buatan ditadbir oleh manusia yang berskil tinggi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page