top of page

Pekerja e-hailing tidak dilindungi Akta Pekerja, bayar Perkeso sendiri



Mogok yang dirancang oleh pekerja e-hailing hari ini diharap dapat menyedarkan rakyat mengenai masalah besar yang dihadapi dalam pekerjaan mereka.


Menurut Pengarah Strategi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Bryan Ng Yih Miin (gambar, empat dari kiri), pekerja e-haling selain menanggung kos kehiudpan yang tinggi berbanding pendapatan mereka juga tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 sebagaimana pekerja lain di Malaysia.


"Social security, EPF dan Socso (Perkeso) hanya dicarum oleh pekerja e-hailing ini. Ia menambahkan beban mereka apabila kadar penghantaran mereka menurun


"Mereka ini terpaksa menaggung kos EPF dan Socso sendiri


"Insurans pula, syarat insurans menetapkan pekerja ini terpaksa membuat tuntutan dalam 24 jam selepas kemalangan yang melibatkan hospital.


"Isu penunggang e-hailing tidak diiktiraf sebagai pekerja dan tidak dilindungi di bawah Akta Kerja adalah sesuatu yang serius," katanya dalam sidang media bersama pekerja e-hailing di Ibu Pajabat KEADILAN, pagi tadi.


Sementara itu, Ketua AMK Malaysia, Adam Adli Abdul Halim menyatakan simpati ke atas masalah yang menimpa pekerja e-hailing yang telah berlarutan sejak 2 - 3 tahun lalu, dan telah bertemu dengan pelbagai peringkat pemimpin kerajaan namun masih tidak kelihatan jalan keluar.


"Seperti mana kita pernah sebut dalam kenyataan media 2 hari lepas, kita menyatakan menyokong piket atau mogok sebilangan besar pekerja e-hailing pada hari ini. Ini satu setiakawan


"Kita juga jemput mereka untuk melontarkan suara mereka di platform yang disediakan


"Kita berikan mereka peluang beritahu kepada media tentang masalah terkait kadar bayaran dan juga pemotongan yang terpaksa dihadapi.


"Tetapi isu pokok ialah adakah mereka masih dianggap sebagai pekerja gig, kerja separuh masa, sedangkan secara praktiknya mereka menganggap diri mereka berkerja sepenuh masa, tetapi tidak dilindungi oleh Akta Kerja dan tidak ada undang undang jelas boleh memberi perlindungan kepada golongan ini


"Dalam tempoh 2 -3 tahun dan beberapa pertemuan kami adakan sebelum ini, kita telah perjuangkan masalah ini tetapi belum ada jalan penyelesaian," katanya.


Pada waktu sama, Adam juga menolak alasan pihak majikan e-hailing semalam yang menyatakan masalah berkaitan pemotongan upah merupakan masalah teknikal kerana alasan tersebut telah digunakan dalam beberapa keadaan sebelum ini


"Kita juga menolak respons oleh pihak Grab yang menyatakan ia hanya masalah teknikal.


"Ini alasan yang telah diguna banyak kali juga. Kita mahukan penjelasan dan kebertanggungjawaban syarikat dan kerajaan, terutama Kementerian Sumber Manusia," katanya lagi.


MENYUSUL

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page