top of page

Pekerja e-hailing boleh guna perjanjian bersama majikan perjuangkan hak

Writer: Akmal Manaf
Akmal Manaf
1 hour ago
1 min read
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Selangor, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Selangor, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

Peruntukan undang-undang sedia ada perlu diberi perhatian bagi membolehkan pekerja e-hailing memperjuangkan hak dan kebajikan mereka menerusi perjanjian bersama antara kesatuan sekerja dengan syarikat penyedia platform.


Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Selangor, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan perjanjian bersama dan boleh membantu pekerja mendapatkan keadaan hidup serta kebajikan yang lebih baik.


Beliau berkata, peruntukan berkenaan perlu diteliti dalam usaha memastikan pekerja platform mempunyai ruang untuk memperjuangkan hak mereka secara kolektif.


"Seperti mana yang tercatat dalam undang-undang, terdapat empat undang-undang yang begitu dekat dengan perjanjian bersama (iaitu) Seksyen 13, 14, 15, 16, 17 (5) dan seksyen ini sebenarnya memberikan nyawa (untuk) membantu mereka mendapatkan keselesaan hidup dan ini boleh dilakukan dengan adanya perjanjian bersama.


"Saya nak tegakkan (bahawa) mesti ada perjanjian bersama. Kalau (ada orang) kata tak boleh, (saya jawab) mana kata tak boleh?


"Seksyen 10 Akta Kerja 1955 mengizinkan surat lantikan itu sebagai pengakuan pihak syarikat, ini antara hujah yang perlu diberikan tumpuan oleh semua orang," katanya.


Beliau yang juga Pengerusi TEKUN Nasional berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sidang media mengenai inisiatif penubuhan Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pemandu e-Hailing Semenanjung Malaysia yang diadakan di ibu negara hari ini.


Sidang media anjuran Jawatankuasa Gerakan Badan Bertindak Sahabat e-hailing Malaysia (JK GBBSEM) itu bertujuan memperkenalkan inisiatif penubuhan Kesatuan Sekerja bagi pemandu e-hailing dan industri yang berkaitan dengannya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page