Pekerja dihargai melalui Dasar Gaji Progresif - Rafizi
- Suara Keadilan
- May 1
- 1 min read

Pekerja di bawah Kerajaan Madani telah mendapat pembelaan sewajarnya apabila diperkenalkan Dasar Gaji Progresif sejak dua tahun lalu.
Menurut Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, kerajaan bukan sahaja membela pekerja sektor awam dengan melaksanakan kenaikan gaji tetapi turut membela pekerja sektor swasta melalui Dasar Gaji Progresif yang mana kerajaan memberi sedikit pembiayaan kepada majikan untuk menaikkan gaji pekerja mereka.
"Selamat menyambut Hari Pekerja 2025. Satu tarikh penting dan simbolik sebagai menghargai sumbangan pekerja-pekerja yang menjadi nadi dan tulang belakang kepada ekonomi negara.
"Kita telah mulakan dengan pengenalan Dasar Gaji Progresif untuk menaikkan gaji sektor swasta, kenaikan gaji penjawat awam dan keputusan menaikkan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan," katanya dalam perutusan hari pekerja yang jatuh pada hari ini.
Rafizi berharap pekerja akan meningkatkan produktiviti setelah mendapat pembelaan berterusan daripada kerajaan untuk menjaga kebajikan golongan itu dan melonjakkan pendapatan.
Comments