top of page

Pekerja asing tidak boleh ditempatkan di kawasan kediaman



Kerajaan Negeri Sembilan membuat keputusan tegas untuk tidak membenarkan pekerja warga asing ditempatkan di mana-mana kawasan berstatus kediaman.


Langkah pemutihan itu dimaklumkan Pengerusi Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) Lodge Residence, Bandar Baru Nilai pada Isnin.


Mengulas lanjut mengenai keputusan itu Arul Kumar berkata, pihaknya berharap isu yang berpunca daripada pekerja warga asing di kawasan perumahan seperti gangguan dan kebersihan akan dapat diselesaikan.


Justeru kerajaan negeri memberi tempoh sehingga hujung tahun ini supaya semua pekerja asing yang ditempatkan di kawasan berstatus kediaman dipindahkan ke kawasan komersial atau CLQ.


"Kita tidak boleh mengambil tindakan terus dan telahpun memberi masa bermula tahun lepas dan mereka (syarikat) boleh pilih tempat lain atau menempatkan pekerja asing mereka ke CLQ.


"Oleh itu, pembinaan atau pertukaran secara keseluruhan sesuatu bangunan kepada CLQ mengikut syarat-syarat yang ditetapkan adalah digalakkan oleh kerajaan Negeri," katanya dipetik.


Sementara itu Arul yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai berkata, CLQ perlu dibangunkan di suatu kawasan yang berpagar dan dapat dikawal serta mempunyai semua kemudahan asas kepada pekerja warga asing.


Selain itu ia perlu mematuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan JTK.


"Ini akan menjamin hak setiap pekerja warga asing terbabit mendapatkan tempat tinggal yang selesa dan selamat," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page