top of page

Pekasih Johor tutup 2021 anjur pertandingan boling

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 2, 2022
  • 1 min read


NGO pro reformasi, Pekasih Johor menutup tahun 2021 dengan menganjurkan pertandingan boling #Kasih2021 pada 31 Disember lalu.

Menyampaikan hadiah kepada pemenang

Menurut Pekasih Johor, pertandingan yang bertempat di Kluang Mall itu berlangsung dalam suasana meriah dan kekeluargaan.


"Turut bersama memeriahkan pertandingan adalah Pengerusi Pekasih Malaysia, En Amizudin bersama Timbalannya En Saiful dan Pengerusi Pekasih Melaka, Puan Nora," kata kenyataan itu.


Pekasih Johor juga mengucapkan penghargaan kepada wakil rakyat Pakatan Harapan YB Wong Shu Qi, Mohamad Said Jonit dan Khairudin yang memberi sumbangan bagi menjayakan pertandingan boling berkenaan.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page