top of page

Peka perkembangan teknologi AI, elak jadi mangsa tipu - Menteri KPWKM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 11
  • 1 min read


Golongan wanita di negara ini diseru supaya peka kepada perkembangan teknologi terbaru seperti kecerdasan buatan (AI).


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, walaupun teknologi seperti AI membawa pembaharuan, namun ia juga boleh disalahgunakan untuk tujuan tidak baik seperti jenayah.


"Dalam dunia hari ini, wanita juga perlu peka dan faham terhadap cabaran baharu seperti penggunaan teknologi AI dan risiko penipuan dalam talian.


"Ramai usahawan wanita kini terdedah kepada penipu bijak yang memperdaya menggunakan teknologi ini.


"Oleh itu, perlu tingkatkan kesedaran digital supaya kita bukan sahaja celik teknologi tetapi juga bijak menilai risiko," katanya dipetik dalam ucapan di program Pemerkasaan Wanita Parlimen Santubong di Kuching pada Sabtu.


Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik telah diambil kesempatan oleh 'scammer' untuk mengaut keuntungan berlipat ganda dengan menggunakan pelbagai taktik terkini.


Kementerian Komunikasi sebelum ini mendedahkan, bagi tempoh 2021 hingga April tahun lalu, sebanyak 95,837 kes membabitkan mangsa penipuan atas talian dengan jumlah kerugian RM3.18 bilion direkodkan.


Jumlah itu berkemungkinan lebih tinggi kerana ada mangsa tidak membuat laporan polis.

Sementara itu, Nancy dalam ucapannya turut menasihatkan golongan wanita agar berani mencuba serta bijak menilai risiko dalam perniagaan.


"Tidak semua pelaburan membawa keuntungan serta-merta, tetapi jika disertai dengan ilmu dan rangkaian yang betul, ia boleh membuka pintu kejayaan jangka panjang," tambahnya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page