Peka, pastikan kibar Jalur Gemilang ikut panduan - Menteri Wilayah Persekutuan
- Suara Keadilan

- Aug 18
- 1 min read

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyeru orang ramai termasuk premis perniagaan sekitar Wilayah Persekutuan menghormati Jalur Gemilang sebagai simbol maruah dan identiti negara.
Beliau berkata, menaikkan bendera sempena sambutan bulan kebangsaan mampu menanamkan nilai kesedaran cinta tanah air dalam kalangan rakyat.
Bagaimanapun tegasnya, dalam mempamerkan semangat patriotik, premis perniagaan dan orang ramai perlu lebih peka menaikkan bendera dengan mengikut panduan ditetapkan agar tidak berlaku kesilapan.
"Apa yang berlaku beberapa minggu ini jadikan satu peringatan untuk kita berhati-hati ketika menaikkan bendera Malaysia mengikut apa yang disarankan demi menjaga kehormatan negara dan lambang kepada kegemilangan negara," katanya dipetik.
Dr Zaliha berkata begitu selepas Program MADANI Brisk Walk 2.0 di Taman Saujana Hijau pada Ahad.
Pada acara itu, beliau turut mengedar Jalur Gemilang kepada penduduk Putrajaya yang turut beriadah di taman ini sebagai tanda kebanggaan menyambut Hari Kebangsaan.
Sementara itu, sebagai mengulas program berkenaan Dr Zaliha berkata, kegiatan riadah anjuran KEADILAN Putrajaya itu sejajar visi Wilayah Persekutuan sebagai Bandar CHASE iaitu Clean (bersih), Healthy (sihat), Advanced (maju), Safe (selamat) dan Eco Friendly (mesra alam).









Comments