top of page

Pejuang reformis Kedah, Pak Su Loi diserang angin ahmar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Sep 15, 2023
1 min read


Reformis dan anggota KEADILAN Kedah mendoakan kesihatan pejuang reformasi Arshad Saad atau Pak Su Loi (gambar atas, kanan), 62 tahun yang diserang angin ahmar kelmarin supaya diberi kesembuhan segera.


Menurut catatan di media sosial, Pak Su Loi yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya turut mengalami pendarahan di kepala dan lumpuh pada sebelah kanan badan.


"Perasaan sedih bercampur hiba bila melihatkan keadaannya yang cukup lemah. Kami, rakan-rakan aktivis yang menziarahi beliau di hospital petang tadi menitipkan doa dan kata-kata semangat agar beliau dapat terus bertahan berjuang melawan penyakit yang dihidapi.


"Pak Su Loi dikhabarkan terpaksa menjalani pembedahan dalam waktu terdekat akibat pendarahan dalam kepala dan beliau kini berada dalam keadaan separa sedar," catat Aman Shah SP yang sering memuat naik berita mengenai KEADILAN Sungai Petani dan Gurun melalui FB dan Tiktok.

Bergambar kenangan bersama DS Anwar

Pak Su Loi merupakan reformis dan aktivis awal KEADILAN. Beliau cukup aktif dalam memperjuangan reformasi dari dahulu hingga hari ini.


"Kami pernah bersama-sama turun padang dalam demonstrasi BERSIH, Kita Lawan serta pelbagai lagi, selain cukup aktif di sekitar Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh dan Seberang Jaya.


"Kehidupannya banyak diabadikan untuk perjuangan.


"Pak Su Loi antara pejuang reformis yang tidak didendang tetapi bersemangat waja dalam perjuangan tanpa mengenal erti penat lelah," kata catatan itu lagi.


Rakan dan anggota KEADILAN yang mengenali Pak Su Loi mendoakan agar beliau dapat kembali sembuh dan meneruskan perjuangannya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page