top of page

Pejuang reformasi meninggal dunia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 13, 2023
  • 1 min read


Pejuang reformasi 1998, Anuar Zalik meninggal dunia pada pukul 2.40 petang semalam di kediaman keluarganya di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor.

Anuar Zalik

Allahyarham merupakan pejuang gerakan reformasi pada waktu awal Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan sehingga ke hari ini.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menziarahi jenazah Allahyarham malam tadi dan menyampaikan salam takziah suaminya Datuk Seri Anwar.


Jenazah telah disolatkan di Masjid Al Khairiyah Taman Sri Gombak pagi tadi dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Batu Caves.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page