top of page

'Pejuang melayu' pilih RM200 juta masuk akaun parti, kami pilih selesakan rakyat




Kerajaan Perpaduan ditentang dari segenap sudut oleh pembangkang yang kononnya pejuang Melayu tulen.


Namun bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, pejuang Melayu bukanlah satu slogan tetapi perlu pembuktian kata kata.


Anehnya, kata beliau, apabila kerajaan memperkenalkan program Inisiatif Pendapatan Rakyat, Rahmah dan basmi kemiskinan tegar, pejuang Melayu tersebut pula yang menentang habis habisan menggunakan hujah Melayu, Islam dan agama.


"Itu satu langkah (program merakyat ekonomi), kedua kita ada tokoh yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar (hartawan Melayu) yang dikaitkan dengan Jana Wibawa dan lain lain. Kita buat pilihan, orang yang ada kekuatan dana, tidak ada masalah dia laksana projek besar, pelabuhan dan lain lain.


"Tetapi bila menyentuh kedudukan pesawah padi, saya minta beliau untuk memberi sumbangan besar kepada pesawah. Maka diserahkan RM60 juta Disember tahun lalu dan awal tahun ini. Saya bicara lagi dengan dia maka dia berikan 30% keuntungan Bernas setiap tahun kepada pesawah padi.


"Itu pilihan kita. Apa pilihan mereka (pembangkang)? RM200 juta masuk akaun parti.


"Jadi saudara pilih. Kita 'bukan pejuang Melayu', bukan 'pejuang rakyat'. Yang mahu dihimpunkan esok kononnya termasuk pejuang rakyat, pejuang Melayu tulen. Kamu pejuang Melayu tulen, ambil dana masuk parti dan kamu mentekedarah untuk kamu dan keluarga kamu," katanya dalam ucapan di Stadium Melawati, Shah Alam, pagi ini.


Justeru Anwar mahu jentera KEADILAN mengulang ulang fakta Kerajaan Perpaduan memilih untuk memperjuangkan rakyat sebagai mesej utama kempen dalam Pilihan Raya Negeri akan datang.


"Kami memilih untuk menjaga kepentingan rakyat, pesawah yang miskin. Saya percaya saudara bawa naratif ini, kita pilih bela nasib rakyat. Kita tidak guna kuasa untuk menyogok pemimpin parti sehingga jadi kaya raya. Membeli orang dalam pilihan raya. Kita akan lawan mereka berdasarkan prinsip ini dan inshaAllah kita akan menang," katanya lagi.


Dalam ucapan itu juga Anwar mahu Malaysia bukan sahaja dikenali dengan Menara Berkembar Petronas, Putrajaya kota megah tetapi juga rakyat biasa yang dimuliakan seperti warung dan gerai makan yang terjaga dan perumahan rakyat teratur.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page