Pejabat pengurusan strata tidak harus ditutup ketika PKPP


Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang, mendesak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk kaji semula SOP sektor pengurusan strata bagi Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP).


Ini kerana pejabat pengurusan strata diperintah untuk tutup kepada orang awam sepanjang PKPP.


"Setelah menyemak dengan pihak kementerian, penutupan tersebut adalah termasuk penduduk.


"Maka, penduduk tidak akan dapat sebarang perkhidmatan dari pejabat pengurusan strata sepanjang PKP ini," kata Lih Kang.


Beliau selaku Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Infrastruktur turut menganggap penutupan itu akan memberi kesan kepada lebih daripada 6 juta penduduk negara kita tinggal di pangsapuri, kondominium atau apartmen.


"Pejabat pengurusan memberi perkhidmatan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama di dalam sesebuah skim strata.


"Perkhidmatan ini merupakan salah satu daripada perkhidmatan perlu (essential service) untuk seramai 6 juta penduduk.


"Selain itu, pelaksanaan PKPP menyebabkan kebanyakan orang terpaksa bekerja dari rumah, keperluan untuk perkhidmatan pengurusan strata menjadi lebih mendesak kerana ia melibatkan penyenggaraan tempat kediaman berjuta orang," katanya.


Justeru itu, Lih Kang menyeru KPKT agar lebih prihatin tentang nasib jutaan penduduk strata.


"Kementerian harus kaji semula keputusan tentang penutupan pejabat pengurusan strata di semua skim strata.


"Pejabat pengurusan strata hanya terbuka kepada penduduk skim strata, sekiranya semua langkah-langkah berjaga dan SOP KKM diikuti, tiada sebab kenapa pejabat pengurusan strata yang merupakan perkhidmatan perlu harus ditutup sepanjang PKPP ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER