Pejabat Parlimen Gombak bantu mangsa kebakaran Flat Pinggiran
- Suara Keadilan
- Sep 16
- 1 min read

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak menggerakkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran kediaman di tingkat lima Flat Pinggiran, Taman Pinggiran Batu Caves.
Pegawai Operasi Pusat Khidmat, Jamil Azaman Razak berkata, bantuan awal berupa barangan makanan dan pek makanan kepada petugas telah disalurkan sejurus kejadian.
"Bantuan segera sudah kita laksanakan, manakala bantuan tunai pula akan diserahkan esok (Selasa).
"Setakat ini dua keluarga terjejas teruk dan kita sedang teliti keadaan kediaman lain sama ada masih selamat didiami atau tidak," katanya dipetik Selangorkini
Kebakaran berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam membabitkan enam unit kediaman dan berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.11 tengah hari.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Manakala anggaran kemusnahan bagi tiga rumah adalah 100 peratus manakala masing-masing sebuah rumah terbakar 80 peratus, 60 peratus dan 40 peratus
Dalam perkembangan berkaitan, KEADILAN Gombak menzahirkan solidariti bersama keluarga terkesan dan akan terus memastikan bantuan susulan dapat disalurkan demi meringankan beban mangsa.
Comments