top of page

Pejabat KEADILAN Johor Bahru dibakar, Akmal Nasir diugut bunuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28, 2022
  • 1 min read


Pejabat KEADILAN Cabang Johor Bahru yang bersekali dengan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir terselamat dalam perbuatan sabotaj membakar bangunan tersebut pagi tadi.


Akmal dalam sidang media tergempar petang ini berkata, pejabat KEADILAN itu dibakar pada sekitar pukul 6.00 pagi berdasarkan rakaman CCTV.


"Berdasarkan CCTV dan tinjauan di tempat kejadian, kejadian dipercayai akibat perbuatan khianat dan sabotaj. Punca kejadian itu bermula daripada 5 tayar yang telah diletakkan di hadapan pintu masuk (dan dibakar)," katanya.


Mujur menurut beliau, orang ramai yang lalu di kawasan berkenaan menarik keluar tayar terbakar di pintu masuk pejabat berkenaan bagi menghalang api yang marak membakar pintu masuk.


Selepas diberitahu kejadian sabotaj tersebut, kata Akmal, beliau menyemak mesej yang diterimanya dan mendapati terdapat ugutan bunuh ditujukan kepada beliau.


"Bila saya diberitahu kejadian ini oleh rakan, saya telah menyemak mesej saya dan media sosial saya untuk tengok kalau ada sebarang klu.


"Ternyata saya ada terima mesej dari individu tidak dikenali sejak hari Khamis lalu. Jadi saya telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Selatan untuk buat laporan, yang mana individu dan profail tersebut telah meninggalkan 1 mesej bertulis dan 27 pesanan suara bermula Khamis dan Jumaat.


"Mesej tersebut mempunyai suara lelaki berbaur ugutan, bahasa kesat dan makian. Beliau merujuk kes yang berlaku di mahkamah minggu lepas dan beliau merujuk sebagai penyokong Umno dan juga Datuk Seri Najib Razak," katanya.


Bagaimanapun, kata Akmal, ugutan dan kejadian kebakaran itu merupakan dua hal berbeza.


Namun beliau kesal kerana bukan sahaja nyawanya terancam tetapi juga nyawa serta harta benda orang lain sekiranya api tidak segera dipadamkan dan merebak ke satu blok kedai pejabat berkenaan.





Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page