top of page

Peja jangan masuk campur urusan KEADILAN letak calon di Tambun



Kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengenai kemungkinan kerusi beliau di Parlimen Tambun akan dicabar Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mencampuri urusan dalam parti lain.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Setiawangsa, Muhammad Azha Salahudin, lebih baik Faizal atau Peja menjaga parti Bersatu yang semakin tidak diterima oleh rakyat berbanding menyerang pemimpin parti lawan.


"Saya ingin memberi nasihat kepada Faizal supaya tidak masuk campur dalam urusan KEADILAN dan lebih baik fokus terhadap parti beliau sendiri, iaitu Bersatu yang dilihat semakin tidak diterima oleh rakyat.


"Sebagai seorang yang memegang portfolio Kementerian Belia dan Sukan yang dilantik melalui pengkhianatan, Faizal Azumu juga tidak menunjukkan rekod yang cemerlang dalam mengendalikan kementerian tersebut, selain mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal sehingga mengundang kecaman daripada penyokong bola sepak negara sedikit masa lalu," katanya.


Tambah Azha, sebagai ADUN Chenderiang pula Peja tidak meyakinkan kerana pernah kalah dalam undi tidak percaya terhadapnya yang menyebabkan beliau hilang jawatan Menteri Besar Perak.


Oleh itu, Peja lebih wajar menumpukan isu dalaman Bersatu daripada menyibuk isu dalaman KEADILAN yang tiada kena mengena dengannya.


"Sebagai Timbalan Presiden Bersatu, Faizal sepatutnya memberi fokus terhadap parti beliau sendiri. Parti Bersatu kebelakangan ini kelihatan gagal menjaga kebajikan rakyat dan ahli parti sendiri, sehingga ramai yang kembali ke parti asal masing-masing.


"Parti Bersatu yang dipenuhi oleh katak-katak politik cuba pula mendesak Perdana Menteri untuk menyerahkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada parti mereka.


"Desakkan ini membuktikan parti Bersatu yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mementingkan kedudukan dan kuasa semata-mata.


"Parti itu yang merupakan sebahagian daripada komponen kerajaan BN-PN sekarang masih gagal membendung masalah kenaikkan harga barang yang semakin mendadak, kekurangan bekalan makanan serta kos sara hidup yang semakin melambung," katanya.


Sehubungan itu, kata Azha, parti lawan perlu bersikap matang dan terbuka sekiranya Anwar benar benar mahu bertanding di Tambun kerana peraturan pilihan raya mengizinkannya.


Menang atau tidak adalah urusan pengundi dan bukannya urusan Peja, Bersatu atau Kerajaan BN - PN.


"Anwar Ibrahim berhak untuk membuat keputusan bertanding di mana-mana tempat dan ahli KEADILAN cabang Tambun juga telah memberi laluan kepada beliau untuk bertanding di sana. Jadi, tidak ada isu yang perlu dibangkitkan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page