top of page

Peguam Negara mohon menghadap Agong berhubung pengampunan Najib

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
6 hours ago
1 min read

Peguam Negara hari ini memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memohon ampun serta menyatakan pendirian untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International.


Perkara itu dimaklumkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi kenyataan media hari ini.


Menurut kenyataan itu, permohonan menghadap berkenaan turut bertujuan membolehkan Peguam Negara menjelaskan pendiriannya berhubung pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong.


"Peguam Negara hari ini memohon perkenan untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes SRC International," kata kenyataan itu.


Selain itu, Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul susulan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selepas pembayaran denda RM50 juta.


Menurut PMO, persoalan perundangan berkenaan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia mempunyai kesan terhadap tarikh permulaan hukuman penjara Najib dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Kenyataan itu bagaimanapun tidak memperincikan tarikh pertemuan yang dimohon atau perkembangan lanjut berhubung proses berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page