top of page

Peguam Negara derhaka perlekeh kuasa Agong, pecat segera - PH


Peguam Negara seharusnya tidak mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong berhubung isu memanggil sidang Parlimen.


Sehubungan itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengecam Peguam Negara berikutan kenyataannya pada 25 Jun lalu yang seolah-olah memperlekeh kuasa Agong dalam hal mengikuti nasihat Jemaah Menteri bagi membuka kembali Parlimen.


"Pada ketika negara berhadapan krisis pandemik Covid-19, begitu ramai hilang nyawa dan pekerjaan, ekonomi kekal suram, serta kerajaan tidak stabil lagi tiada keabsahan, rakyat menaruh harapan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu untuk

menitahkan pandangan yang mampu mencari penyelesaian kepada krisis ini.


"Inilah yang rakyat lihat apabila Istana Negara dan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengeluarkan kenyataan media pada 16 Jun lalu, termasuk dalam aspek Parlimen serta Dewan-Dewan Undangan Negeri perlu bersidang secepat mungkin.


"Namun kenyataan Peguam Negara, terutama dalam konteks sekarang, telah melampaui batas adab kerana memperkecil dan memperlekehkan titah pandangan Raja-Raja Melayu.


"Ia telah mengenepikan semangat Perlembagaan, dan memberi gambaran Peguam Negara telah mengenepikan institusi Raja-Raja Melayu untuk melindungi sebuah kerajaan yang mahu berkuasa mutlak tanpa kawalan mahupun batas waktu," kata kenyataan berkenaan.


Dalam kenyataan itu, Majlis Presiden turut mendakwa kenyataan Peguam Negara telah melanggar kebiasaan kerana Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara perkara undang-undang…”


"Jelas dalam hal ini Peguam Negara sepatutnya memberi pandangan beliau terus kepada Yang di-Pertuan Agong serta merahsiakannya, bukan mengumumkan pandangan beliau secara terbuka seperti yang telah dibuat ini.


"Maka kenyataan ini juga satu bentuk “pelanggaran kerahsiaan” (breach of confidentiality) di antara peguam dan anak guam. Dengan pelanggaran ini, beliau tidak layak menjadi seorang peguam apatah lagi menjawat jawatan Peguam Negara.


"Kenyataan Peguam Negara itu merupakan satu penderhakaan khusus terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan beliau mesti dipecat segera," kata Majlis Presiden.


Kenyataan bersama tersebut dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page