top of page

Pegawai PM serah bantuan penduduk Kg Timpangoh Laut, Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 13, 2024
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, beberapa penduduk di sekitar Kampung Timpangoh Laut Sugud Moyog Penampang, Sabah menerima bantuan yang diperlukan tepat pada masanya.


Menurut Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Sabah, Junaidah Makku, bantuan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin menerusi program Ziarah Kasih MADANI, baru-baru ini.


"Program mendekati rakyat di kawasan pendalaman amat penting untuk melihat keadaan semasa seperti infrastruktur asas dan mengambil maklum balas secara terus tentang isu-isu seharian yang dihadapi majoriti penduduk," katanya yang turut menyertai program tersebut.


Turut hadir dalam program berkenaan adalah ADUN Kajang, David Cheong; Ketua Cabang Penampang, Joseph Alex Chang; Ketua Cabang Kudat, Stefly Said dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil.


Selain itu, anak-anak muda AMK Sabah turut serta bagi membantu mengagihkan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page